seismik

Fattah & Fazura Lancar Lagu Baru 'Bertahan Demi Cinta', Pengurus Terkejut Tak Tahu Apa-Apa

Pulak dah.

Cover image via @hits_records (Instagram) & @sakirinaca90 (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru sehari kecoh mengenai isu perceraian, bekas pasangan sensasi Fattah Amin dan Nur Fazura dikatakan bakal melancarkan lagu duet baharu mereka berjudul 'Bertahan Demi Cinta'

Perkara itu tular selepas dimaklumkan oleh sebuah label rakaman Indonesia, Hits Records menerusi hantaran di Instagram.

Difahamkan, lagu duet tersebut bakal dilancarkan di semua platform digital pada 10 Oktober iaitu pada Khamis ini.

Namun begitu, lagu ciptaan komposer Ippo Hafiz itu sudah lama dirakam oleh dua selebriti tersebut ketika mereka masih berstatus suami isteri.

Menerusi hantaran sama, label tersebut turut berkongsi sedikit teaser lagu berkenaan.

Walau bagaimanapun, pengurus kepada Fattah iaitu Sakirin Shak mendedahkan pihaknya tidak tahu apa-apa tentang pelancaran lagu tersebut

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati segelintir netizen menganggap ia kurang sesuai untuk melancarkan lagu itu pada waktu sekarang susulan isu rumah tangga Fattah dan Fazura masih hangat diperkatakan

Terdahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu dan lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45 pagi Isnin, 7 Oktober.

Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: