Gadis Ini Siapkan Itinerari Lengkap Ke Seoul, Korea Selama 8H7M Tanpa Guna Travel Agent!
Paling best, dia telah mengambil masa 10 bulan untuk menyediakan persiapan lengkap untuk bercuti ke Seoul. Fuh, power ah!
Seoul sememangnya telah menjadi salah satu kota metropolitan dunia. Ia terletak di sebelah laut Korea Selatan dengan keluasan wilayah 605.2km persegi.
Orang kata, kalau dah mula berjalan di Seoul ini memang akan rambang mata. Mana tidaknya, terlalu banyak tempat-tempat ikonik di sekitarnya yang buatkan orang ramai yang bercuti di sana perlukan tour guide untuk membawa mereka ke tempat-tempat menarik.
Lain pula dengan cara gadis ini @anisaniesa yang baru pulang dari Seoul setelah berada di sana selama 8H7M. Paling menarik, dia juga telah menyiapkan itinerarinya sendiri!
Perkongsian menarik itu telah ditulis serta dikongsikan sendiri olehnya di laman Twitter dan berjaya meraih 8 ribu retweets dan 14.9 ribu likes ketika artikel ini ditulis. Malah, ramai juga orang memuji gambar-gambar diambil begitu cantik walaupun hanya menggunakan telefon pintar iPhone 11Pro Max.
Power beb!
Eh, sebelum bercuti jangan lupa untuk sediakan baju sejuk sebab cuaca di sana kerap juga berubah. Boleh jadi sejuk sangat!
Untuk penggunaan WiFi dan cara pembayaran lain ketika berada di Seoul pula boleh tengok ni:
Rasanya dah selesai semua preparation sebelum pergi sana.
Tiket, guesthouse, apps penting, pakaian/wintercoat, portable wifi, airport transfer. So sekarang kita boleh mulakan itinerary. Jauh betul mukadimah. Oh ya, ada yang cakap tiket arex beli kat sana lagi murah.. so, beli je lah sana. Tak payah beli kat klook.
Banyak lagi tempat menarik yang perlu anda terokai ketika berada di Seoul. Contohnya:
Selesai hari keempat. Nasihat Niess kalau nak pergi tempat macam Nami Island, Everland or mana-mana tempat yang crowded pergi hari orang bekerja. Jangan pergi Sabtu Ahad sbb ramai. Ini pergi Isnin pun ramai orang. Nanti sambung lagi hari ke lima.
Tempat wajib pergi jika anda berkunjung ke Korea: EVERLAND!
Nanti dlm bas kalau tak pasti kat mana Gangnam punya stop tanya driver. Atau bagitahu driver you nak stop Gangnam Station. Niess haritu tanya oppa, kalau tak tersasar juga. Alert okay. Dah sampai Gangnam Station bawah ada mall underground. Pusing lah situ kalau nak cuci mata.
PEMBETULAN : Gangnam Station EXIT 7 bukan 6. Sorry!
Seterusnya...
Selesai hari ke 6. Hari ke 6 ni kerja habiskan duit je. Last day nanti mesti pergi Myeong-Dong untuk shopping skincare kali terakhir. Hari ke 7 Niess pergi ke Namsan Seoul Tower.
Untuk hari kedua terakhir pula, ada beberapa tempat menarik yang dikunjungi. Paling penting, pergi ke Namsam Seoul Tower!
Total budget per person
Flight return: RM756
Add on luggage return: RM130
Meals return: RM40
Insurance: RM33
Guesthouse: RM283
Portable wifi: RM32
Airport transfer return: RM111
T-Money: RM110
Everland: RM110
Nami Island: RM48
Makan: RM250-RM300
Shopping dll: RM500
Jadi total secara kasar RM2500 +/- all in. Niess pergi sana bawa duit belanja je sebab urusan guesthouse, entrance fees, airport transfer, wifi semua dah selesaikan dari Malaysia. Bawa duit makan+shopping je. RM1500 Niess bawa. Tapi Niess bawa balik dlm RM700 mcm tu, tak habis.
Oh lupa nak bagitahu, sebenarnya boleh nak murah lagi. Niess punya ni macam mahal sikit belanja dia. Ada orang boleh dapat lagi murah. Jadi perlu pandai-pandai plan duit. Boleh kurangkan belanja part airport transfer dan guesthouse.