seismik

[GAMBAR] Mempelai Jurumasak Ini Bawa Tema Kahwin 'Rare' & Unik. Siap Ada Senduk Bagai!

Kalau kerja sebagai doktor haiwan, agaknya boleh tak jadikan kucing sebagai flower girls? Hehehe.

Cover image via BiB - Nadwah Online/Facebook

Kalau anda perasan, sejak beberapa tahun lepas banyak betul tema perkahwinan yang pelik dan unik telah dibuat oleh pasangan mempelai

Tema kembali ke sekolah.

Image via Titik Cahaya

Tema Superhero Power Rangers.

Image via robot6.comicbookresources.com

Tema Superhero Kamen Rider

Image via amazingify.com

Tema Football Club Arsenal

Image via Twitter @Atikah

Pelik bukan? Tapi tidak dinafikan, memang unik dan tak semua orang berani buat seperti mereka ini.

Selalunya kalau bercakap tentang tema perkahwinan, ramai yang akan lebih tertumpu kepada tema warna sahaja

Image via Cosmopolitan

Bila warna dah dipilih, mereka akan mula berfikir tentang tema. Tapi memang diakui bahawa tak ramai orang berani buat tema lain daripada yang lain. Maklumlah, takut dikecam dan sebagainya.

Ala, kahwin sekali seumur hidup je. Kalau nak buat tema kesukaan anda, buat je. Pedulikan kata-kata orang lain.

Seperti baru-baru ini tular tentang pasangan mempelai ini yang menjadikan tema perkahwinan yang agak unik iaitu Chef Theme Wedding

Fuhlamak!

Gambar-gambar unik di majlis perkahwinan mempelai iaitu jurumasak Mohamad Shaiful Sharifuddin yang merupakan bos kepada Koyak Catering dan pasangannya Ain Azmee telah dikongsi oleh page BiB - Nadwah Online di laman Facebook.

Ramai juga yang teruja dengan tema mereka ini. Mana tidaknya, selalunya nampak keris, pedang dan sebagainya. Tapi kali ini mereka menggunakan senduk. Kelakar betul tapi memang kreatif!

"Sempoi! Bila sudu dah jumpa dengan garpu.."

Kain songket halus tenunan,
Dibawa orang masuk ke kota,
Sudah bertemu dengan pasangan,
Laksana cincin dengan permata.

Lain itu tanda berani,
Berani menempuh onak dan duri,
Duri ranjau berjaya diredahi,
Diredahi dengan redha Ilahi.

Tahniah diucapkan kepada pasangan mempelai jurumasak Mohamad Shaiful Sharifudin (BOS Koyak Catering) dan Ain Azmee yang bertemu jodoh dengan membawakan tema perkahwinan yang rare sekaligus melancarkan perasmian dapur baru KOYAK Catering.

Alahai, comel betul!

Apa-apa pun, tahniah buat pasangan mempelai. :)

Korang kahwin nak buat tema apa pula nanti? :P

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kalau nak idea tema unik, boleh tengok sini:

You may be interested in: