Gara-Gara Jiran Potong Rambut Tanpa Izin, Budak Perempuan Ini Murung Tak Nak Keluar Rumah
Kesiannya. Tak patut buat macam tu.
Mempunyai jiran tetangga yang baik merupakan salah satu punca rezeki buat kita
Iyalah, kita bukan menetap di sesebuah kawasan perumahan itu dalam tempoh yang sekejap bukan? Tambahan pula jika kita sudah membeli rumah, memang kita akan duduk di situ bertahun-tahun.
Namun, lain yang berlaku dalam sebuah video ini apabila seorang perempuan memarahi jirannya kerana memotong rambut adiknya tanpa izin telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Adik sampai murung sebab kena ejek dengan kawan-kawan
Menerusi video yang dikongsi oleh @monikasabrina17, kelihatan wanita itu memarahi jirannya kerana telah memotong rambut adiknya tanpa keizinan mereka.
Lebih menyedihkan, potongan rambut yang diberikan itu juga kelihatan lucu dan tidak disukai oleh budak perempuan itu.
Bukan itu saja, tindakan jiran mereka juga menyebabkan budak perempuan tersebut trauma dan tidak mahu keluar rumah.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Pernah rasa, seminggu saya tak boleh tengok anak. Jadi geram" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sehingga 28.2M tontonan, 1.7M tanda suka serta 6.6K perkongsian di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut tidak gemar dengan tindakan jirannya yang sesuka hati memotong rambut budak perempuan itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!