seismik

Gara-Gara Susunan Gambar Terbalik, Bomba Pula Disangka Letak Kucing Atas Pokok. Lawak!

Susunan tu penting ok!

Cover image via Twitter @AkuTweetFakta

Tugas sebagai seorang insan yang bergelar anggota bomba sememangnya sangat murni dan mulia di sisi Allah SWT

Gambar sekadar hiasan

Image via Berita Pas

Bergelar sebagai seorang anggota bomba, mereka sering ditugaskan untuk menyelamatkan mana-mana makhluk yang nyawanya diancam bahaya baik manusia mahupun haiwan.

Pengorbanan yang dilakukan mereka ini sememangnya tidak boleh diungkap dengan kata-kata. Dari sekecil-kecil masalah seperti menyelamatkan kucing yang 'terkandas' di atas pokok, anggota bomba juga sanggup mempertaruhkan nyawa mereka bagi menyelamatkan mangsa kebakaran.

Sungguh, kerja mereka ini sangat besar pahalanya dan hanya insan yang terpilih sahaja mampu menggalas tanggungjawab seperti ini.

Jika lihat di media sosial, ada sahaja kisah menarik yang dikongsikan orang ramai mengenai pengorbanan anggota bomba ini

Gambar sekadar hiasan

Image via Sinar Harian

Sering menjadi perhatian adalah usaha mereka menyelamatkan haiwan-haiwan comel seperti kucing, anjing, biawak dan pelbagai lagi dari sebarang ancaman.

Perlu berdepan pelbagai jenis situasi sama ada yang mendebarkan ataupun melucukan, anggota bomba dilihat tidak pernah 'berkira' malah sanggup menyelamatkan nyawa makhluk ini pada bila-bila masa sahaja.

Terbaru di Twitter, viral gambar beberapa anggota bomba menyelamatkan kucing yang 'terkandas' di atas pokok

Namun lain pula ceritanya apabila kisah tersebut sebaliknya menjadi satu perkara yang melucukan gara-gara kesalahan pada susunan gambar.

Jika dilihat daripada gambar yang dikongsikan oleh pengguna Twitter yang menggunakan nama AkuTweetFakta ini, susunan gambar tersebut seolah-olah menampakkan anggota bomba bertugas yang meletakkan kucing itu di atas pokok.

Gara-gara tersalah susun gambar itu, situasi yang sepatutnya menampakkan anggota bomba tersebut menjadi 'hero' malah dilihat pula sebaliknya. Lawak sungguh!

Tweet itu telah ternyata telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya terhibur dengan perkara tersebut

Sepatutnya gambar tersebut disusun seperti ini bukan? Barulah betul nampak kucing itu diselamatkan.

Apa-apa pun terima kasih abang bomba! Jasa serta pengorbanan anda tetap akan dikenang.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi kisah pengorbanan anggota bomba di sini:

You may be interested in: