Hati-Hati! Baru Je Diumumkan, Scammer Dah Buat Link Pengeluaran KWSP Untuk Perdaya Mangsa
Tolong jangan terpedaya ok!
Sebentar tadi, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pemegang akaun KWSP boleh mengeluarkan wang simpanan dari Akaun 2
Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataannya hari ini berkata, setiap ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dari Akaun 2 mereka bermula 1 April ini.
Namun katanya, kadar maksimum yang ditetapkan adalah sebanyak RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan. Beliau malah berharap bahawa wang tersebut dapat digunakan rakyat sebaik mungkin ketika detik yang kritikal ini.
“Saya berharap inisiatif ini dan juga pengurangan kadar caruman KWSP pekerja sebanyak empat peratus yang berkuatkuasa April 2020 akan membolehkan pekerja mempunyai lebih wang dalam poket masing-masing untuk membeli barang-barang keperluan harian.
“Nasihat saya kepada anda semua yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang ini sebaik mungkin. Beli barang-barang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini...yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga,” katanya.
Namun begitu, meskipun baru sahaja ia diumumkan sebentar tadi, sudah ada individu tidak bertanggungjawab cuba menjadi scammer dan memperdaya pihak lain
Taktik scammer tersebut telah mula menjadi tular di laman sosial Facebook ketika ini.
Diharapkan, kesemua pemegang Akaun KWSP dapat melayari laman web rasmi KWSP terlebih dahulu bagi mendapatkan sebarang maklumat dan pengesahan lanjut.
Semoga tidak ada sesiapa yang menjadi mangsa scammer terbaru ini ya.