"I Malu Dengan Kawan I" - Gadis Ini Terkilan Teman Lelaki Minta Putus Sebab Badan Berisi
Mana gemuknya, hmm.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Mempunyai bentuk badan yang ramping dan kurus adalah idaman setiap perempuan
Badan kurus ini lebih mudah untuk memakai pelbagai baju betul tak? Kadangkala baju yang kita nak terpaksa lupakan sebab semuanya bersaiz kecil.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang gadis berkongsi mesej di antara dia dan teman lelakinya yang meminta untuk putus kerana bentuk badannya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Teman lelaki minta putus sebab kata badan gemuk
Menerusi video dari @_hhazir itu, dia berkongsi mesej di antara dia dan bekas teman lelakinya yang telah membuatnya terkilan.
Mesej tersebut memaparkan perbualan di mana bekas teman lelakinya itu meminta untuk putus kerana dikatakan gadis itu sudah gemuk.
Malah, apa yang lebih membuatnya terkilan adalah bekas teman lelakinya itu memberitahu dia malu mempunyai girlfriend sepertinya, walhal sebelum ini bekas teman lelakinya itu terima saja dirinya seadanya.
"You deserve someone better sis" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan dan reaksi mereka selepas melihat video itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 515.7K views, 39.2K likes dan 3,855 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: