Ini 4 Tips Untuk Pilih & Deal Dengan Jurugambar Perkahwinan Bagi Memudahkan Dua-Dua Pihak
Take note!
Majlis perkahwinan adalah salah satu detik terindah yang sering ditunggu-tunggu oleh setiap orang
Mana tidaknya, setelah sekian lama menjalani kehidupan dan memegang status 'bujang', saat untuk diijabkabulkan merupakan momen terindah yang tidak akan dilupakan. Rasa excited tidak terkata!
Bercakap tentang perkahwinan, ada satu perkara penting perlu difikirkan dan diuruskan oleh setiap pasangan iaitu majlis perkahwinan yang bakal berlangsung bagi meraikan pasangan mempelai bersama keluarga kedua-dua belah pihak.
Banyak sebenarnya persiapan yang perlu dibuat. Contohnya, katering, door gift untuk para tetamu, busana pengantin, hantaran, jurugambar dan sebagainya.
Antara checklist paling penting adalah jurugambar yang bakal mengambil gambar setiap momen ketika majlis perkahwinan anda nanti. Gambar itu jugalah yang akan dijadikan sebagai kenangan bersama di masa hadapan.
Sebab itulah anda perlu pandai memilih jurugambar. Biar mahal tapi berbaloi. Gambar cantik, jurugambar friendly dan perkara-perkara seperti ini yang akan membuatkan kerja kedua-dua belah pihak menjadi lebih mudah bukan?
Di bawah merupakan 4 tips untuk memilih dan deal dengan jurugambar perkahwinan yang disediakan oleh seorang lelaki di laman Facebook iaitu @Ameirfikri
Perkongsian tersebut boleh dijadikan sebagai tips untuk pasangan yang bakal mengadakan majlis perkahwinan. Mungkin benda ini nampak 'remeh' tapi sebenarnya penting ya!
Baca tips penuh di bawah:
1. Sila kenal kerja photographer anda
Kenapa? ha kenapa eh, sebab sebelum kau tu nak makan, kau mesti memilih kan? makan mana sedap untuk tekak kau. Jadi masa pilih photographer pun, pilih lah ikut sedap mata dan sedap hati anda. Sila study gambar photographer anda.
2. Sila berkawan dengan photographer anda
Kenapa? bila kau senang buat kawan, photographer senang buat keje. Ini kalau kau menyombong tinggi mendongak langit, mood photographer pun jadi tak best. Bagi sikit ruang pada photographer anda untuk berkawan dengan anda. Photographer ni manusia sama mcm anda jugak. Oh ya, dari start meeting pun boleh kenal each other.
3. Sila dengar nasihat dan tunjuk ajar dari photographer anda
Kenapa? Sebab wedding photographer ni bukan 1 wedding je dia shoot. Mungkin dia dah bertahun shoot wedding. Photographer selalunya tau apa dia buat. Engkau tu baru nak kawin esok , mungkin tips and advice dari photographer boleh digunapakai.
4. Sila beri maklumat yang betul kepada photographer anda
Kenapa? Kau nak kahwin, hire photographer untuk shoot wedding kau. Photographer perlukan details;- (tempat, timing, tentative) yang betul untuk majlis anda. Dan sila update time by time. Jangan esok kau nak kahwin esok jugak kau bagi details, kau memang buat keje gila.
JANGAN PULAK KAU DAH PILIH WEDDING PHOTOGRAPHER KAU, PASTU KAU SURUH SHOOT/EDIT MCM WEDDING PHOTOGRAPHER LAIN BUAT. BAIK KAU HIRE ORANG LAIN. BENDA TAKKAN JADI, TAKKAN JADI. JANGAN MENYOMBONG SANGAT LAH, PHOTOGRAPHER TU SHOOT UNTUK KAU ELOK2.
AKHIR KATA, HARGAILAH PHOTOGRAPHER ANDA.
Sumber: Ameir Fikri