Ini 5 Perbezaan Paling Ketara Di Antara Zaman Milenial & Zaman 90-an. 'Legend' Habis!
Bestnya zaman dulu-dulu, kurang stress. Lebih simple!
Kalau nak dibandingkan remaja zaman dahulu dan sekarang, anda rasa yang mana lagi best? Yelah, nampak sangat bezanya zaman anda dahulu dengan adik-adik sekarang.
Perbezaan paling ketara yang anda boleh tengok antara kedua-dua generasi ni ialah daripada penggunaan teknologi yang telah mengubah lanskap perhubungan antara mereka.
1. Siapa ingat yang anda pernah guna Nokia 3310?
Untuk anda yang lahir tahun 90-an mesti ingat punya phone ini bukan? Zaman ini paling seronok sekali bila main game snake.
Kadang-kadang sampai tak ingat nak makan sebab asyik sangat. Selain game, dengan telefon ini anda juga boleh call dan SMS sahaja. Lagi satu yang best, boleh reka nada dering untuk phone ini. Wah, seronok betul.
Ramai panggil telefon baling anjing sebab ketahannya yang tinggi dan baterinya yang tahan lama sehingga 48 jam. Smartphone sekarang paling lama 12 jam je bateri tahan lepas itu kena cas. Betul tak?
2. Telefon guna public phone. Mesti pernah kan?
Public phone ini dulu merupakan keperluan yang sangat penting kepada masyarakat. Mana tidaknya, tak semua orang mampu untuk beli telefon bimbit zaman pada zaman dahulu.
Paling legend bila nak guna public phone ni kena beratur sebab tunggu orang depan tengah bergayut tak ingat dunia! Itu belum lagi gelabah bila duit syiling nak habis. Siap ada teori tekan butang 1 dan 3 kalau nak bergayut lebih lama.
Remaja milenial rasanya tak sempat rasa sangat pengalaman ini sebab sekarang ini sudah semakin ramai yang mampu untuk beli telefon bimbit. Paling menarik, bermula tahun 2000, public phone dah boleh digunakan dengan kad prepaid. Tak perlu duit syiling lagi!
3. Siapa pernah guna IRC? Memang legend habis! :D
IRC (Internet Relay Chat) adalah satu platform sosial yang terawal melalui komputer.
Mula dikenali pada 1995, IRC ni boleh dikatakan antara pioneer dalam dunia komunikasi moden bagi tujuan berbual dengan rakan dan saudara dari merata tempat. Di Malaysia, antara channel yang popular adalah #kampung, #mamak, dan yang berasaskan umur.
Namun, pada lewat 90-an pengguna dah mula beralih kepada perhubungan lebih canggih seperti SMS dan chat online, contohnya menerusi messenger dan Skype.
Bila penggunaan telefon pintar pula dah semakin meluas, sistem chat ini sudah tak praktikal sebab lebih mudah menggunakan aplikasi yang ada contohnya seperti Whatsapp, WeChat, Facebook dan sebagainya.
4. Facebook & Twitter pengganti perhubungan
Aplikasi media sosial yang paling popular kini semestinya Facebook dan Twitter. Kedua-duanya mempunyai cara penggunaan dan sasaran berbeza. Pengguna Twitter lebih kepada yang berusia 18 ke lewat 20an. Facebook pula mempunyai audiens yang lebih besar daripada remaja hingga ke warga emas.
Boleh dikatakan semua orang ada aplikasi ni dalam telefon pintar masing-masing. Betul tak? Yelah dengan kemudahan telefon pintar sekarang senang korang nak berhubung sebab kemudahan internet jalur lebar terdapat di banyak tempat termasuk di kedai mamak pun boleh dapat WiFi secara percuma.
Selain itu, kini sudah semakin ramai yang mampu untuk melanggan internet menggunakan postpaid dan prepaid, budak sekolah rendah pun dah pakai smartphone sekarang.
5. Dial up internet connection menggunakan line telefon rumah!
Siapa pernah melalui zaman nak guna internet kena pasang telefon dulu kat rumah. Rasanya remaja zaman sekarang tak sempat nak rasa keterujaan untuk menunggu talian bersambung sebelum dapat akses untuk guna internet. Kadang-kadang makan masa beberapa minit juga sebelum dapat guna internet.
Nostalgia habis!
Sekarang penggunaan dial up internet kat Malaysia ni pun dah ditamatkan tahun lepas, sebab sekarang pengguna lebih mudah menggunakan perkhidmatan internet jalur lebar. Selain lebih pantas, perkhidmatannya juga lebih laju.
TIME tingkatkan kelajuan jalur lebarnya sehingga 1Gbps. Barulah syok untuk layari internet!
TIME baru sahaja selesai menaik taraf perkhidmatan jalur lebar mereka dengan menggunakan 100 peratus fiber. Kalau anda nak tahu penggunaan fiber ini mampu untuk menyalurkan data lebih banyak dengan lebih cepat dan stabil bahkan boleh mencapai Gbps!
Sebab itu sekarang anda boleh melanggan internet dengan kelajuan sehingga 1Gbps pada harga yang sangat berpatutan dengan perkhidmatan jalur lebar daripada TIME ini.
Meh kami kongsi sikit.
Dengan pelan baru TIME anda boleh menikmati internet pada harga yang berpatutan!
Untuk korang yang masih tak tau nak pilh pelan jalur lebar apa, kami sarankan korang langgan TIME ni, sebab sekarang TIME memperkenalkan tiga pelan terbaru yang sangat berpatutan. Anda boleh pilih kelajuan internet yang anda nak guna setiap bulan.
- 100Mbps- RM 99/sebulan (online sahaja)
- 500Mbps- RM139/sebulan
- 1Gbps- RM 199/sebulan
Selain itu, proses langganan untuk TIME ini juga sangat mudah. Hanya dalam masa 2 minit sahaja anda boleh melanggan jalur lebar ini. Anda hanya perlu ke laman web time.com.my dan pilih perkhidmatan jalur lebar yang diinginkan.
Yang paling seronok adalah kalau anda melanggan secara online, bil pertama akan mendapat potongan sehingga RM 100 tau!
Berbaloi sangat.
Internet pantas dan kerja lebih mudah! Bertukarlah ke pelan terbaru TIME!
Dalam dunia teknologi ni, apa sahaja yang kita lakukan mesti menggunakan internet kan? Nak bayar bil, nak tonton televisyen atau main game pun guna internet.
Dengan TIME, anda akan dapat merasai kelajuan internet yang pantas dan stabil. Bukan itu sahaja, kalau anda connect seberapa banyak peranti pun anda tetap dapat menikmati kelajuan internet pada kadar yang sama.
Dengan pelan terbaru daripada TIME ini, kehidupan anda pastinya lebih mudah. Jadi, tunggu apa lagi? Jom bertukar ke pelan jalur lebar TIME hari ini untuk mendapatkan perkhidmatan internet yang laju pada kadar yang berpatutan.
Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang perkhidmatan TIME ni, boleh klik di sini.