seismik

Ini Perkara Terkini Yang Anda Kena Tahu Tentang Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 15%.

Cover image via OHBULAN!

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Artikel ini ditaja oleh PTPTN.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukanlah satu nama yang asing lagi dalam kalangan pelajar dan graduan

Disebabkan pinjaman yang ditawarkan oleh PTPTN, ramai antara kita dapat menamatkan pelajaran tanpa perlu memikirkan peningnya untuk membayar yuran dahulu.

Bila dah habis belajar, anda jangan pula buat-buat lupa nak bayar semula pinjaman PTPTN. Ia bagi menjamin masa depan pendidikan generasi akan datang.

3 perkara yang perlu anda tahu tentang bayaran balik pinjaman PTPTN

Pembayaran boleh dibuat melalui mana-mana kaunter pembayaran PTPTN, pembayaran secara dalam talian (online), melalui potongan gaji ataupun debit terus dan juga pengeluaran Akaun 2 KWSP.

Image via Kosmo!

Tindakan mesra PTPTN bantu peminjam

Untuk makluman anda, PTPTN sentiasa berusaha membantu peminjam, antaranya ialah PTPTN turut menambah baik sistem peringatan awal kepada peminjam untuk mengurangkan hutang tertunggak dengan pelaksanaan notis yang lebih mesra dan humanising bagi mendekatkan PTPTN dengan peminjam.

Jadi, anda jangan risau, anda boleh berunding untuk membuat penstrukturan semula pinjaman supaya bayaran bulanan dapat dikurangkan mengikut kemampuan.

Image via PTPTN

Inisiatif #PTPTNSediaBantu juga telah diperkenalkan bagi memudahkan peminjam berurusan dan menyebar luas pelbagai saluran yang lebih mudah, cepat dan selamat serta membantu peminjam untuk memahami dan menggunakan saluran perhubungan PTPTN yang ada dengan berkesan.

Jadi sebarang persoalan yang membelenggu fikiran anda mengenai bayaran balik pinjaman, boleh terus berhubung dengan barisan pegawai PTPTN yang sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam membantu menyelesaikan urusan atau menjawab persoalan melalui saluran yang telah disediakan.

Disamping buat bayaran balik, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah.

PTPTN memperkenalkan pelbagai saluran bayaran baharu untuk membantu peminjam membuat bayaran balik pinjaman dengan pelaksanaan kempen menarik yang memberikan manfaat kepada peminjam seperti kerjasama strategik bersama AnsaraPay, PayHalal dan ShopeePay melalui kempen Click, Pay & Earn is Back!.

PTPTN telah melaksanakan pelbagai pendekatan mesra pelanggan untuk membantu dan memudahkan urusan peminjam bagi membuat bayaran balik pinjaman mereka. Melalui pembentangan Bajet 2022, Kerajaan telah bersetuju memberikan insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 15%

Image via PTPTN

Ini masa yang tepat untuk langsaikan hutang PTPTN anda

Kalau ada duit lebih apa kata anda langsaikan terus pinjaman PTPTN, sebab dengan potongan diskaun sebanyak 15% banyak benda yang anda dapat jimat.

Nak buat pembayaran sebanyak 50% daripada baki hutang dulu pun tiada masalah. Anda juga layak menerima diskaun sehingga 12% dengan syarat ia harus dibuat dalam sekali bayaran.

Image via PTPTN

Untuk yang lebih selesa dengan pembayaran secara potongan gaji atau debit terus pula, anda akan menikmati 10% diskaun mengikut jadual pembayaran yang telah ditetapkan.

Permohonan untuk pembayaran melalui potongan gaji boleh dimohon melalui pautan di SINI, sementara untuk direct debit anda boleh ke SINI.

Bagi pilihan pembayaran penuh pinjaman atau 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran, anda perlu mendapatkan pengesahan baki hutang terlebih dahulu melalui portal rasmi PTPTN di SINI atau hubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN.

Jadi tunggu apa lagi? Anda kena manfaatkan peluang yang ada. Bukan selalu boleh merasa diskaun untuk bayaran balik pinjaman PTPTN.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN, anda boleh ke portal rasmi PTPTN.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel mengenai PTPTN hanya di SAYS Seismik: