Ini Senarai 'Bantuan Pelan Pemulihan Negara' Yang Diumumkan Oleh PM Untuk Rakyat Malaysia
Pakej PEMULIH berjumlah 150 bilion ringgit merangkumi suntikan langsung fiskal Kerajaan sebanyak 10 bilion ringgit.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang merupakan bantuan akibat daripada pandemik Covid-19
Sejak pandemik Covid-19 melanda negara, kerajaan telah melaksanakan tujuh program bantuan dan pakej rangsangan.
Selaras dengan komitmen kerajaan untuk meneruskan agenda prihatin rakyat, kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai langsung kepada rakyat berjumlah 10 billion ringgit.
Berikut di bawah adalah antara bantuan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang anda perlu tahu:
1. Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR tambahan
Kerajaan bersetuju untuk memberi bayaran tambahan bagi BPR sehingga 500 ringgit pada bulan Julai dan bayarannya akan dibuat secara berperingkat mulai esok, 29 Jun.
1. Isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan
sebanyak 500 ringgit pada bulan Ogos, 500 ringgit pada bulan
November, dan 300 ringgit pada bulan Disember.
2. Isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak
500 ringgit pada bulan Ogos dan 300 ringgit pada bulan Disember.
3. Golongan bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak
200 ringgit pada bulan Ogos.
4. Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak
250 ringgit, manakala bujang kategori M40 akan menerima 100
ringgit pada bulan Ogos.
2. Bantuan Kehilangan Pendapatan
Pada bulan Oktober nanti, sebanyak 500 ringgit akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021.