seismik

Isteri Baru Tahu Dari Mana Kena Jangkitan UTI, Kantoi Ternampak Suami Kencing Tak Cuci

Alamak, kebersihan kenalah jaga.

Cover image via Rupa Health & Daily Star (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menjaga kebersihan perlulah dititikberatkan dalam kehidupan seharian kita

Kebersihan diri sangat penting dan boleh menjaga kesihatan kita. Begitu juga dengan pasangan suami isteri. Terutama selepas mereka bersama.

Anda perlulah melakukan beberapa perkara untuk memastikan kebersihan di persekitaran alat sulit anda. Benda ini nampak remeh, tetapi sebenarnya penting dan kalau tak jaga betul boleh memakan diri.

Baru-baru ini, seorang wanita perangai suaminya yang dilihat kotor telah mendapat perhatian ramai.

Gambar sekadar hiasan.

Image via TheAsianParent

Nampak suami kencing tapi tak basuh

Menerusi ciapan yang dikongsikan, wanita berkenaan memberitahu dia telah dijangkitan saluran air kencing atau Urinary Tract Infection (UTI).

Menurutnya, dia mungkin mengetahui dari mana dia mendapat jangkitan berkenaan selepas melihat suaminya.

Difahamkan, dia ternampak suaminya ketika membuang air kecil di tandas. Apa yang lebih membuat dia tidak sangka adalah suaminya itu tidak membersihkan alat sulitnya selepas saja membuang air kecil.

Perkara itu membuatkan dia terkejut dan binggung serta meminta pendapat pengikut di laman X bagaimana untuk dia menegur suaminya dengan cara yang baik.

"Korang kalau kena UTI tolong check kebersihan suami korang. Dia kencing basuh tak macam mana.

"Sekarang aku dah jem macam mana nak tegur suami aku pasal kencing tu dengan tak bagi dia terasa," tulisnya.

Jangkitan saluran kencing berlaku apabila bakteria memasuki saluran kencing. Kebanyakan bakteria yang memasuki saluran kencing akan dibuang ketika membuang air kecil.

Lihat ciapan itu di bawah:

Bahaya tau dah kena jangkitan macam ni, sebab tu penting jaga kebersihan guys :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: