Gadis Ini Kongsi Itinerari Bajet 5 Hari Ke Lake Toba, Indonesia Bawah RM500. Memang Cun!
Murahnya! Dahlah semua tempat breathtaking gila. OMG...
Indonesia merupakan negara yang mempunyai keluasan meliputi 17,000 buah pulau. Memang amat luas dan tidak akan dapat dilawati dalam masa setahun.
Memang begitu banyak destinasi menarik ditawarkan buat pelancong yang akan ke Indonesia. Antaranya adalah Lake Toba atau Danau Toba yang terletak di Medan, Indonesia. Kawasan ini merupakan tasik volkanik terbesar di dunia dan juga salah satu tempat terbaik di Asia untuk anda yang ingin bersantai selama beberapa hari.
Mungkin tempat ini tidak mempunyai banyak aktiviti yang boleh dilakukan, namun percayalah, suasana yang menenangkan di Lake Toba ini akan membuatkan anda jatuh cinta dengan tempat ini.
Subahanallah, cantik sungguh.
Jika anda berminat untuk terokai Lake Toba ini, boleh lihat itinerari bajet di bawah yang telah disediakan oleh seorang pengguna Twitter @aila_youu
Memang murah dan mantap betul itinerari yang disediakan. Banyak tempat menarik yang boleh anda terokai dengan bajet bawah RM500 sahaja!
Lihat perkongsian penuh di bawah:
Di bawah merupakan tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi. Cantiknya!
1. Air Terjun Efrata
2. Lake Sidihoni
Breathtaking view! Gambar semua lawa-lawa kalau di tempat ini!
3. Pangururan Samosir
4. Sawah Padi Sianjur Mula Mula
Untuk hari ketiga, banyak lagi tempat yang boleh dijadikan sebagai lokasi penggambaran untuk anda yang 'gila' bergambar. Fuh, lawa betul!
Hari ketiga:
5. Bukit Holbung
Banyak lagi tempat yang boleh diterokai!
Hari keempat:
6. Depan Cottages
Hari kelima:
Ha, sebelum anda ingin ke sana, pastikan baca dahulu tips berguna ini. Lagi-lagi bagi yang pertama kali!
Ini pula merupakan tempat-tempat yang sempat diterokai sebab yang lain terlalu jauh dan sangat bahaya kalau naik motor:
Total cost per head : RM 430
Airasia KUL-Silangit-KUL : RM 110
Murah, bukan? :)