seismik

JAKIM Setuju Cadangan Masjid Ditutup Selama 10 Hari - Dr Maza

Mungkin ini yang terbaik.

Cover image via Instagram @Dr Maza & selangorkini

Penularan wabak koronavirus Covid-19 di Malaysia dilihat semakin meningkat dari hari ke hari

Semalam, 15 Mac 2020, Malaysia mencatatkan kes koronavirus terbanyak iaitu 190 kes dalam sehari dan sehingga kini negara telah merekodkan sejumlah 428 kes yang disahkan positif.

Keadaan ini telah mencetuskan kebimbangan lebih-lebih lagi apabila Malaysia adalah negara tertinggi yang merekodkan kes Covid-19 di Asia Tenggara ketika ini.

Justeru melihat kepada senario ini, pelbagai program sama ada dari kerajaan mahupun agensi swasta terpaksa dibatalkan lebih-lebih lagi yang melibatkan acara orang ramai.

Terbaru, menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Perlis iaitu Dr Maza, beliau berkata JAKIM telah bersetuju dengan cadangan agar masjid ditutup untuk sementara waktu

Dalam satu posting terbaru yang dibuat olehnya di Instagram pagi tadi, Dr Maza berkata selepas mendapatkan pandangan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), JAKIM kini telah bersetuju untuk mencadangkan agar kesemua masjid ditutup dari semua aktiviti termasuklah solat Jumaat dan solat jemaah bagi tempoh 10 hari.

Katanya, penamatan atau pelanjutan tempoh itu bagaimanapun akan dimaklumkan semula berdasarkan taklimat daripada pihak KKM selepas ini.

Pengumuman yang dibuat oleh Dr Maza itu bagaimanapun telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen

Mungkin ini yang terbaik buat Malaysia ketika ini. Yang penting jangan putus doa dan harapkan agar wabak ini dihindari daripada kita.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Artikel berkaitan:

You may be interested in:

Leave a comment