'Jangan Buat Sebab Duit' - Ini Antara 10 Nasihat Padu Buat Para Pendakwah
Baca, fahami dan praktikkan.
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Disebabkan beberapa orang pendakwah yang terpalit dengan skandal, habis semua pendakwah dipandang serong masyarakat.
Kalau dahulu, pendakwah sering dipandang tinggi oleh masyarakat kerana ilmu agama yang dikongsi mereka. Kini, persepsi itu berubah sedikit terumatanya dengan kehadiran 'para pendakwah segera' yang lahir daripada program realiti.
Walaupun bukan semuanya begitu dan cuma ada segelintir sahaja yang 'buat hal' namun sedikit sebanyak ia mencacatkan imej agamawan yang dibawa. Sudahlah begitu, ada pula yang pantang ditegur membuatkan masyarakat semakin malas untuk mengambil tahu hal mereka.
Tidak mahu imej para pendakwah ini terus dipandang serong masyarakat, lelaki dikenali sebagai X Guy
memberi 10 nasihat ikhlas terhadap mereka di laman Twitter miliknya
Setakat artikel ini ditulis, teguran itu telah mendapat 3 ribu retweets dan hampir 5 ribu likes.
Selain itu, lelaki ini juga sempat berpesan bahawa nasihat ini juga adalah peringatan kepada semua orang Islam di luar sana dan tidak tertakluk kepada para pendakwah sahaja
Sudah menjadi tanggungjawab sebagai saudara sesama Islam untuk saling ingat-mengingati. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.