seismik

Dakwa Diri 'Less Religious' & Cipta Agama Sendiri, Pendakwah Ini Kritik Fahaman Nas Daily

Akhirnya ada juga yang mengkritik.

Cover image via Nas Daily | Fakir Ilmu

Sekarang ini, pastinya ramai sudah mengenali vlogger berpengaruh dunia, Nas Daily

Image via Nas Daily

Nas Daily atau nama sebenarnya Nuseir Yassin merupakan seorang rakyat Israel-Palestin yang menempah nama di serata dunia menerusi siri video jelajah 1 minit yang dihasilkan beliau menerusi Facebook.

Walaupun niatnya mengembara adalah demi menyebarkan perkara positif di dunia, sesetengah ideologi dan pemahaman beliau berkenaan agama dilihat agak sensitif

Image via Nas Daily

Bukan setakat sensitif, malah ideologinya sering dijadikan bahan perbincangan di kalangan masyarakat, terutamanya umat Islam.

Sebelum ini, Nas ada mengeluarkan beberapa video yang menyentuh topik agama secara am. Menurutnya, setiap agama mempunyai berbeza fahaman dan kepercayaan, tetapi semua orang percaya bahawa agama yang mereka anuti itu adalah yang paling benar.

Oleh itu, Nas mempersoalkan adakah kerana kita percaya pada satu agama, kita perlu anggap agama lain itu salah?

Image via Nas Daily

Dalam video-video tersebut juga, Nas turut menyatakan bahawa pendiriannya terhadap agama Islam kini tidak sama lagi seperti dulu. Beliau mengakui bahawa dirinya bukanlah seorang Muslim yang taat dan sering dilabel dengan gelaran 'Bad Muslimatas beberapa sebab.

Lihat di bawah:

AM I A BAD MUSLIM?

"Live and let live" is the best religion I found to date. Let's all practice it and then I'll see you in the after life....or any of my meetups. Come say hi and we'll talk this out in person too! Tomororw's video is coming at you from MALTA! Yes...the Island.

Posted by Nas Daily on Monday, April 2, 2018

Nas baru-baru ini memuat naik sebuah lagi video berunsur agama yang berjudul, 'Why I'm Less Religious'

Image via Nas Daily

Menurut Nas, salah satu sebab mengapa beliau menjadi tidak Islamik adalah kerana beliau tidak 100% yakin bahawa agama Islam itu adalah benar, manakala agama lain pula salah.

"Saya masih percaya pada Tuhan. Tetapi saya tidak boleh percaya bahawa mereka semua salah, hanya kerana dilahirkan dengan berbeza fahaman agama," katanya.

Video penuh di bawah:

Why I'm Less Religious.

This is a sensitive topic, but it's one I feel many are thinking about. I tried to keep this as respectful as humanly possible. As always with religion, people can get offended quite fast, and that's not the point. The point of this video is to shed light on the MANY MANY types of religions the world has, and how...some of them can contradict others. And if they do...then who is right? And who is wrong? Because I am not 100% confident that mine is right and theirs is wrong, I feel that the only possible solution is to step back for the time being from being religious. INSTAGRAM: @NasDaily GROUP: Nas Daily Global

Posted by Nas Daily on Wednesday, October 17, 2018

Selain dua video di atas, ini dua lagi video yang anda perlu tonton:

The Problem With Religion....

This is a difficult video to make, but it's important. It's becoming harder and harder to question and ask questions in religion. We need religion to be more accepting of feedback, criticism, and questioning. We need to be able to speak openly against the things we disagree on with no fear or consequences. Travel teaches you a ton. And now that I'm here in Utah, meeting a different kind of religion that is more accepting of criticism makes me wish all religions were as accepting. Thank you for listening. I tried to make this as respectful as humanely possible, as this can be a sensisitve topic for obvious reasons. Come disagree with me on Nas Daily Global - a group I'm starting for this kind of stuff. I'm also on INSTAGRAM @nasdaily Music: Level Plane

Posted by Nas Daily on Monday, June 25, 2018
LET'S TALK RELIGION.

In 1 minute, I attempt to explain a process that took years with regards to...the second sensitive topic...religion! I'm 100% sure the comment section will be FILLED with arguments for and against what I say, which is fine. This is just my opinion and my way of looking at life. Considering tomorrow I have a huge day of shooting, I won't engage much in religious conversations. I'll leave it to the pros. Reasons why I decided to talk about religion: - Everyday I get messages from religious Muslims asking me to stop drinking or dating. I hope this explains my response: "I'm not religious" - Religion is a wonderful thing and I'll probably be religious again. But at this point of my life, I need to be convinced that indeed "all roads lead to Rome" or "all fingers point to the same moon". I need to get over the fundamental differences between major religions. - And the major reason I made this video simple: money, religion, and politics should NOT be sensitive topics. LIKE Nas Daily on Facebook and Instagram! Music: Nothing by Johan Borjesson

Posted by Nas Daily on Friday, October 13, 2017

Seorang pendakwah bernama Mohammed Hijab menerusi temuramah dalam rancangan 'The Deen Show' memberi respon terhadap ideologi-ideologi Nas Daily ini

Mohammed Hijab

Image via Fakir Ilmu / YouTube

Mohammed Hijab mengkritik keputusan Nas Daily dalam mencipta agamanya sendiri yang dipanggil Nascissim. Menurutnya, mencipta agama sendiri tidak akan selesaikan apa-apa masalah, malah menjadikan kehidupan manusia bertambah teruk.

"Tiada asas yang logik dalam hujah Nas. Hanya kerana ada banyak pilihan agama di luar sana, itu tidak bermakna satu agama benar, dan kesemua yang lain salah. Kenyataannya mengenai mencipta agama sendiri menunjukkan kejahilan beliau terhadap agama.

"Jika dia berfikir dan menggunakan sifat kritikal yang sama untuk menilai kebenaran dalam setiap agama, dia pasti terkejut bahawa agama warisan nenek moyangnya adalah yang paling benar dan rasional," kata Mohammed Hijab.

Kata Hijab lagi, nafsu sementara yang mengongkong Nas inilah punca kebinasaan ramai orang di dunia

Image via Nas Daily

"Bagi anda yang menganggap agama mengongkong mereka, sebenarnya segala perkara di dunia ini pun mengongkong anda. Setiap perkara pasti ada kekangan.

"Anda tak mahu terima Allah sebagai Tuhan, anda tak mahu percaya pada agama yang tersusun, tetapi anda sendiri yang susun pemikiran anda untuk hidup dengan konsep dan cara tertentu. Anda sebenarnya mempertuhankan hawa nafsu sendiri tanpa anda sedar," katanya lagi.

Saksikan temuramah penuh di bawah:

Dua hari lepas, Mohammed Hijab turut memuat naik sebuah lagi video respon terhadap Nas Daily

Hijab berkata bahawa Nas telah menghantar satu mesej panjang kepadanya melalui inbox di Facebook yang dibacakannya di dalam video berkenaan.

Menerusi mesej tersebut, Nas masih teguh dengan pendiriannya untuk mengamalkan Nascissim, dan bukan Islam.

Lihat di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: