Johor Umum Cuti Ganti Pada 6 Januari Hari Isnin, SPM Akan Berjalan Seperti Biasa
Difahamkan, keputusan itu dibuat selepas KPM mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan negeri bersetuju menetapkan 6 Januari 2025 bersamaan Isnin depan sebagai cuti ganti kepada penjawat awam negeri dan juga persekutuan
Difahamkan, pengumuman tersebut adalah sempena pelaksanaan cuti hujung minggu di negeri Johor kembali kepada Sabtu dan Ahad bermula tahun ini.
Walau bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin berkata, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan tetap diteruskan seperti dijadual.
"Untuk 6 Januari ini Johor sememangnya cuti. Itu keputusan diambil kerajaan negeri cuma bagi pelajar SPM mereka akan teruskan peperiksaan kerana tidak mahu ganggu momentum mereka.
"Sementara bagi guru-guru yang bertugas pada hari tersebut, mereka diberi ruang untuk mengambil cuti ganti selepas tamat peperiksaan SPM kelak," katanya.
Dalam pada itu, pertukaran cuti hujung minggu Johor kepada Sabtu dan Ahad bermula tahun ini tidak akan menjejaskan pelaksanaan solat Jumaat melibatkan murid, pelajar dan guru sekolah
Difahamkan, peperiksaan SPM 2024 Johor telah bermula dengan lancar di 376 buah pusat peperiksaan yang ditetapkan melibatkan 5,335 petugas termasuk ketua pengawas, sukarelawan dan guru-guru.
"Sementara itu, peperiksaan SPM melibatkan calon yang mana kediaman mereka terjejas banjir juga berjalan lancar kerana sekolah yang dijadikan pusat peperiksaan tidak terjejas.
"Kita telah beri ruang rehat yang panjang, waktu persekolahan hari Jumaat juga tamat pada pukul 12 tengah hari, sebelum sesi petang bermula antara 2.30 atau 2.45 petang. Jadi ruang untuk menunaikan solat Jumaat itu memang mencukupi," katanya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!