seismik

JPJ: Perbuatan 'Chup' Parking Dengan Kon/Objek Lain Boleh Didenda Hingga RM2k Atau Penjara

Nak kena denda/penjara, silalah buat perangai macam ni.

Cover image via wheelchairtravel.org

Selepas ini, buat mana-mana individu yang meletakkan sebarang objek untuk mengambil/menjaga tempat letak kereta bakal dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Vincent D'Silva / New Straits Times

Kenyataan berkenaan isu tersebut telah dikeluarkan sendiri oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia melalui satu kenyataan di laman Facebook Rasmi JPJ.

Baca penuh di bawah:

"Perbuatan cop (letak kerusi/moto/kon/pasu bunga/ampaian baju, berdiri atas petak parking dan sebagainya) petak meletakkan kenderaan merupakan kesalahan dibawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987."

Undang-undang ini bukan sahaja berkuatkuasa di kawasan premis swasta, malah termasuk di semua kawasan awam dan pusat membeli-belah

Gambar sekadar hiasan.

Image via MIX

Berikut merupakan info yang perlu diketahui oleh orang ramai supaya tidak dikenakan denda seperti yang disebutkan di atas.

“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.” - Kenyataan Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan, Malaysia.

Jika masih ada individu yang melakukan kesalahan seperti ini, mereka akan ditetapkan sebagai pesalah di bawah Seksyen 119 dan dikenakan penalti tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan

Denda yang disebutkan adalah bagi kesalahan pertama. Manakala, denda seterusnya iaitu RM4,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan bagi kesalahan yang seterusnya.

Namun begitu, jika anda merupakan pemilik premis perniagaan yang secara sah telah menyewa tempat letak kereta dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau majlis-majlis bandaraya berkaitan, anda juga tidak dibenarkan untuk menyimpan/menyekat tempat letak kereta tersebut selepas waktu perniagaan. Ianya harus dibuka untuk kegunaan awam selepas jangka masa yang ditetapkan.

Image via The Rakyat Post

NOTA: Jika anda mempunyai sebarang aduan tentang kesalahan menjaga tempat letak kereta, ikuti langkah di bawah untuk info yang perlu dihantar kepada pihak JPJ:

1. Emel ke [email protected]
2. http://www.wasap.my/60134498997/AduanJPJ

Sertakan butir pengadu (+no kp), lokasi, tarikh dan masa, no plat kenderaan, butiran kejadian.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Take note!

You may be interested in: