seismik

Wahh, Taman Yang Bertemakan Dinosaur Seakan Filem ‘Jurassic Park’ Kini Berada Di Muar!

Rawr!

Cover image via Don Hu Jurassic Park Garden/Facebook

Minat yang mendalam terhadap haiwan prasejarah ini telah mendorong pengusaha kebun pokok ini untuk menghias kebunnya dengan patung dinosaur yang ditempah khas dari China

Image via Utusan Online

Hee Chew Heng, seorang pengusaha tanaman pokok hiasan di Muar telah mengambil inisiatif untuk menghias kebunnya dengan patung-patung dinosaur yang ditempah khas dari China.

"Saya bina taman ini kerana mahu bagi peluang kepada orang ramai untuk membawa anak-anak mereka berhibur di taman ini sambil mempelajari tentang tumbuh-tumbuhan yang ada di sini," katanya.

Beliau berkata, memandangkan di Muar tidak mempunyai banyak taman atau pun tempat menarik untk dikunjung, Hee mengambil keputusan untuk membina satu di Muar. Tamannya ini sudah mempunyai 12 patung dinosaur termasuk spesies Tyrannosaurus Rex, Apotosaurus dan Triceratops.

Sejak dibuka kepada orang ramai dua bulan lepas, taman ini tidak putus dikunjungi orang ramai yang tertarik dengan keunikan hiasan di situ

Taman ini baru saja dibuka dua bulan lepas kepada orang ramai. Hee berkata beliau tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pengunjung dan kehadiran orang ramai sentiasa dialu-alukan olehnya.

"Sekarang, kerja-kerja pembinaan hanya siap sebanyak 50 peratus saja dan selebihnya dijangka akan siap sepenuhnya dalam masa dua bulan lagi," katanya.

Perbelanjaan sebanyak RM10,000 hingga RM30,000 telah digunakan oleh Hee untuk menambahpulih tamannya ini. Bagi sebuah patung dinosaur, setiap harga bergantung kepada saiz yang dipilih olehnya. Hee menempah dinosaur ini daripada seorang kenalan dari Guangzhou, China.

"Saya rasa gembira apabila orang ramai datang ke sini walaupun mereka datang hanya semata-mata untuk tengok patung dinosaur dan bukannya untuk membeli pokok hiasan yang saya jual," katanya.

Bila ditanya sama ada beliau akan mengenakan bayaran bagi pengunjung pada masa hadapan, Hee berkata beliau tidak akan mengenakan sebarang bayaran kepada pengunjung kerana beliau berasa cukup gembira apabila melihat ramai orang berkunjung ke tamannya.

Heng berkata beliau bercadang untuk meluaskan lagi taman Jurassic Park tersebut dengan menyediakan kawasan riadah untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa, pameran barang antik dan juga lawatan ke ladang ayam dan itik miliknya di tanah seluas 5.6 hektar itu.

"Saya tidak mendapat banyak untung hasil dari taman milik saya kerana saya tidak mengenakan bayaran apa-apa kepada pengunjung. Tapi, ini sudah cukup bagi saya. Saya membuat ini lebih kepada hobi daripada ingin mengaut keuntungan," katanya lagi.

Taman ini dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta cuti umum, taman ini mula beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 8 malam.

Inisiatif Heng untuk berkongsi minatnya bersama orang ramai adalah sesuatu yang perlu dipuji. Harap-harapnya taman ini dapat dikekalkan kerana bakal menjadi tarikan kepada penduduk tempatan dan luar negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai Don Hu Jurassic Park Garden ini, anda boleh klik di laman Facebook.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Wah siapa sangka, kilang lama ini telah diubahsuai menjadi sebuah rumah agam:

You may be interested in: