"Kalah Dengan BTS" - POV Suami Kahwin Dengan Isteri Fans K-Pop Ini Buat Ramai Boleh Relate
Betul-betul fans ni!
Bagi peminat tegar K-Pop. mereka sanggup untuk menghabiskan duit untuk mengumpul beberapa merchandise K-Pop
Kadangkala ada yang sanggup frame tiket konsert untuk kenangan. Iyalah, kalau dah minat pasti kesemua barang akan disimpan rapi. Kalau boleh semua koleksi mahu dikumpulnya.
Sama seperti sebuah video yang tular di laman sosial TikTok baru-baru ini, apabila seorang lelaki meluahkan perasaannya apabila berkahwin dengan isteri yang fanatik dengan K-Pop telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Merchandise K-Pop satu almari tapi gambar kahwin belakang TV
Menerusi video yang dimuat naik oleh @syznld, kelihatan dia menunjukkan koleksi merchandise K-Pop milik isterinya.
Sebelum mereka mendirikan rumah tangga, si isteri merupakan fans tegar artis K-Pop iaitu BTS. Ekoran itu, si isteri juga memiliki koleksi merchandise kumpulan itu.
Lebih melucukan lagi apabila barangan K-Pop milik isterinya itu penuh satu almari. Tetapi gambar kahwin mereka hanya letak di belakang almari sahaja.
"Saya dulu macam isteri abang. Tapi lama-lama feeling nak kumpul fade away sebab duit nak kena spent untuk anak-anak dan family" - Warganet
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 217.3K views, 24.4K likes dan 1,035 comments di TikTok. Rata-rata warganet terhibur dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!