seismik

[VIDEO] “Kalau Mak Ayah Kau Tak Ajar, Biar Aku Ajar!” - Bapa Belasah Menantu Dera Anaknya

Menantunya bukan sahaja mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami bahkan turut mendera isterinya itu.

Cover image via MNews / YouTube

Selain ibu, ayah merupakan lelaki pertama yang hadir dalam hidup seorang gadis serta menjadi penyeri dalam kehidupan dan menjaganya saban waktu tanpa mengenal erti penat

Ayah adalah lelaki pertama yang hadir dalam hidup setiap gadis. Ada juga orang mengatakan, biasanya, semasa kecil anak gadis akan lebih rapat dan manja dengan ayah berbanding ibunya. Oleh sebab itu, kasih sayang pada ayah tak pernah hilang walaupun sudah besar.

Setiap ayah pasti akan melayan anak gadisnya seperti seorang puteri. Jika puterinya disakiti, mesti dia juga akan terasa lukanya dan seboleh-bolehnya akan lakukan apa sahaja demi melindungi puterinya itu.

Baru-baru ini viral di laman sosial satu video di mana seorang lelaki tua telah membelasah seorang anak muda sehingga mulut dan hidungnya berdarah

Menurut akhbar China Press lelaki tua itu dipercayai adalah bapa mentua kepada lelaki muda terbabit dan punca dia dipukul adalah kerana dia telah mendera isterinya, yang juga merupakan anak kepada lelaki tua itu.

Image via MNews / YouTube

Dalam video itu, si bapa berkata, "Saya besarkan anak perempuan saya sejak dia kecil sampai dewasa hanya untuk didera oleh kamu? Saya dah beri amaran kepada kamu beberapa kali, saya izinkan awak mengahwini anak saya tetapi awak layan dia begini?!"

Semasa insiden itu berlaku, si bapa kelihatan memegang rotan sambil ditemani beberapa rakannya atas tujuan ingin mengajar menantunya itu. 

Image via MNews / YouTube

Si bapa kemudian merotan dan menendang menantunya yang tidak melawan tetapi hanya sekadar menahan pukulan itu dengan kedua belah tangannya. 

Menantunya bukan sahaja mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami bahkan turut mendera isterinya itu

"Buat apa kamu minta maaf pada saya? Bila kamu pukul anak saya, ada kamu cakap minta maaf? Kamu ingat saya akan biarkan hal ini macam ini je? Kamu tahu tak apa kesilapan kamu? Nampak macam kamu langsung tak takut pada saya eh? Kalau kamu pandai sangat pukul orang, bangun dan pukul saya sekarang. Bangun! Pukul saya sekarang!" kata bapa mentuanya.



Image via MNews / YouTube

"Kalau ibu bapa kamu tak reti mengajar kamu, biar saya yang ajar kamu. Kamu tahu tak yang ibu bapa kamu datang merayu pada saya?" katanya sebelum meninggalkan menantunya itu di tepi jalan.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Kuching, Sarawak, namun tidak diketahui tarikh kejadiannya.

Lihat video penuh di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: