seismik

Sedih Dengan Pemergian Hamdan, Saiful Apek Keluarkan Kata-Kata Yang Makan Dalam

Memang menyedarkan orang ramai apa yang dia cakap tu.

Cover image via @_timurbarat_ (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kita sudah pasti mempunyai kawan baik atau sahabat yang rapat bukan?

Pemergian pelawak terkenal dari kumpulan Senario iatu Hamdan atau nama penuhnya Ahmad Hamdan Mohamed Ramli, Jumaat lalu telah membuatkan ramai berasa sedih terutama dalam kalangan rakan artis yang rapat dengannya.

Salah seorang artis yang turut merasakan kehilangannya adalah pelawak terkenal iaitu Saiful Apek.

Dia yang dikenali sebagai Apek Senario itu ada mengeluarkan satu pesanan di dalam satu video yang membuatkan ramai tersentuh.

"Kalau nak tau keburukan kami, tanyalah orang-orang yang membenci kami. Kalau nak tanya kebaikan kami, tanyalah orang-orang yang sayang kami. Hakikatnya semua pendapat manusia berbeza-beza antara kita, tapi yang paling penting adalah siapa kita di mata Allah,

"Ukhuwah ni ibarat tasbih, ada permulaan tak akan ada pengakhiran. Maka peliharalah sahabat-sahabat kalian, selagi ada. Begitu juga keluarga kita, jaga ukhuwah kita." katanya.

"Sedih gila ayat otai lawak kita, Al-Fatihah untuk arwah Hamdan senario" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 334K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut sebak. 

Berikut merupakan komen netizen di TikTok:

Lihat video penuh itu di bawah:

@_timurbarat_

Pesanan dari seorg otai @saifulapekgitugitu "kalau nak tahu keburukan kami, tanyalah org² yg membenci kami.. dan kalau nk tanya tentang kebaikan kami tanyalah pada org² yg sayang kami" Jaga ukhwah sesama kita #katakatadeep#bilaotaiberpesan #alfatihahbuathamdansenario#kumpulansenario #apeksenario

Perwiraku teruskan berjuang - Rilex Are Boh

Apa yang dia cakap memang penuh makna!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: