seismik

Kecoh Siling Pusat Beli-Belah Di Cheras Runtuh, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan

Takutnya tengok.

Cover image via Sin Chew Daily

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular baru-baru ini mengenai kejadian melibatkan siling runtuh berlaku di Bandar Mahkota Cheras (BMC) Mall

Menurut sumber, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata pihak mereka menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada jam 12.37 tengah hari Isnin.

Kejadian terbabit melibatkan siling kapur yang runtuh pada anggaran ketinggian 70 kaki di ruang tengah pusat beli-belah dan terhempas ke tingkat bawah (ground floor).

Image via Astro Awani
Image via Sin Chew Daily

Menurut pihak bomba, tiada mangsa yang cedera semasa kejadian itu berlaku

Sebuah jentera bomba jenis LFRT bersama lima petugas dari balai bomba Bandar Tun Hussein Onn telah dikejarkan ke tempat kejadian.

"Pihak bomba telah membuat pemantauan di lokasi kejadian yang mempunyai tiga tingkat bangunan. Tiada mangsa yang cedera dalam kejadian terbabit," katanya.

Image via Sin Chew Daily

Sementara itu, walaupun pusat beli-belah tersebut telah menutup kawasan siling runtuh, bahagian lain termasuk pasar raya besar dan kedai makanan tidak terjejas dan terus beroperasi seperti biasa.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: