seismik

Kem PLKN & Bina Negara Kini Disewa Untuk Tempatkan Lebihan PATI

Ianya bertujuan untuk mengawal penularan wabak Covid-19.

Cover image via Berita Harian & Google

Antara kem yang disewa adalah di Beranang, Selangor dan Kem Wawasan Negara di Langkawi, Kedah

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud

Image via NST

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud mengumumkan bahawa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengambil inisiatif menempatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Bina Negara.

Menurut laporan, beliau berkata, setakat ini jumlah tahanan di depoh yang ada melebihi kapasiti iaitu kira-kira 2,000 orang dan hanya membabitkan tahanan di Semenanjung.

"Kami dalam perancangan menyewa satu lagi kem di Pulau Pinang untuk menampung lebihan tahanan ini. Jumlah ini masih boleh diuruskan kerana selain menyewa kem ini, pengusiran mula berjalan, sekarang kita boleh usir antara 200 Pati dalam seminggu," katanya.

Pihak imigresen melaksanakan pengasingan antara PATI baharu dan lama di Depoh Tahanan Imigresen (DTI)

Sehingga Isnin, seramai 26,335 PATI diusir dengan warganegara Indonesia mencatat bilangan tertinggi iaitu 11,747 orang diikuti Bangladesh (3,788) dan Thailand (2,001).

Selain itu, beliau juga berkata mulai 1 Januari 2020 sehingga 28 September 2020, Jabatan Imigresen telah menahan seramai 20,169 PATI dan 313 majikan melalui 5,479 operasi yang dilaksanakan di seluruh negara.


Image via Astro Awani

Katanya lagi, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjadi lokasi penahanan PATI tertinggi dengan 3,422 orang selain Sarawak (2,741), Putrajaya (2,230) dan Sabah (1,170) manakala Wilayah Persekutuan Labuan menjadi lokasi penahanan terendah iaitu hanya 85 orang.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel berkaitan Covid-19 hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: