Kenaikan 445% Dalam Jualan Melalui Live, TikTok Shop & MDEC Bangunkan Usahawan Tempatan
TikTok Shop telah menganjurkan pertandingan penstriman langsung bersama MDEC.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Artikel ini ditaja oleh TikTok.
TikTok Shop dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menganjurkan pertandingan penstriman langsung baru-baru ini
Pertandingan itu berlangsung selama dua bulan melalui ruang digital. Ia bertujuan untuk meningkatkan kemahiran usahawan tempatan supaya dapat meningkatkan lagi kemahiran untuk mengembangkan perniagaan secara digital.
Seramai 70 usahawan tempatan daripada pelbagai latar belakang menyertai pertandingan itu. TikTok Shop telah menyokong para usahawan dengan latihan 'boot camp' penstriman langsung.
Semasa penstriman langsung sewaktu pertandingan pertandingan, terdapat beberapa orang pencipta konten Tulippetals, tasha_407, Syaa_faten, almiyaz.my, dan nl.alchemist turut memberi sokongan dan panduan kepada para usahawan.
MDEC menyumbangkan RM50,000 sebagai sokongan kredit iklan
Perkara itu membolehkan para peserta untuk mencuba pelbagai peralatan di TikTok Shop.
Hasil daripada inisiatif tersebut, mereka telah mencapai kenaikan yang ketara dalam kadar keterlihatan dan tontonan. Para finalis juga berjaya mencapai sehingga 445% kenaikan dalam jualan.
Pemenang untuk pertandingan ini akan menjalani program latihan intensif perniagaan selama sebulan yang ditaja oleh TikTok Shop Partner (TSP) terkemuka StoreNGo.
Berikut merupakan senarai pemenang untuk pertandingan tersebut:
- Tempat pertama: Healez HQ (Kuala Lumpur)
- Tempat kedua: Fatimah Traditional Recipe (Selangor)
- Tempat ketiga: cikpuanazilacpa (Selangor)
- Tempat keempat: Hajjah Tokey Hasil Laut (Kedah)
- Tempat kelima: Beadsland Trading (Negeri Sembilan)
Kerjasama yang terjalin dilihat mampu untuk mendorong meningkatkan lagi ekonomi digital negara
“Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merupakan tunjang ekonomi Malaysia. TikTok Shop membolehkan PKS mencipta pengalaman e-dagang yang holistik dan lancar bagi pembeli, yang merangkumi hiburan, pendidikan dan penglibatan interaktif.
"Menerusi pertandingan ini, kami berhasrat meningkatkan keterlihatan produk yang dibuat dan dijual secara tempatan, serta meningkatkan keupayaan penstriman langsung dalam kalangan usahawan. Menerusi kerjasama bermakna ini dengan MDEC dan komuniti TikTok Shop kami, kami berharap untuk membuka peluang baharu untuk usahawan Malaysia, selangkah demi selangkah,” kongsi Nur Azre Abdul Aziz, Ketua Perkongsian, TikTok Shop Malaysia.
Ts. Mahadhir Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC berkongsi, “MDEC sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan TikTok Shop bagi mempercepatkan pertumbuhan usahawan tempatan kita dalam bidang digital. Ini sejajar secara konsisten dengan Program-Program Katalis Digital Malaysia (PeMangkinMD) dalam mendorong ekonomi digital negara kita.
"Dengan menyediakan latihan yang berserta pengalaman langsung daripada pencipta konten, kita berhasrat untuk meningkatkan pertumbuhan penjual-penjual ini dalam ekonomi digital yang berkembang pesat.”
TikTok Shop komited untuk membantu usahawan dalam mengembangkan matlamat perniagaan
Apa yang lebih menarik, TikTok Shop telah mengadakan pelbagai bengkel dan sesi latihan untuk ramai lagi penjual di seluruh negara sertai.
Sebelum ini, TikTok Shop telah bekerjasama dengan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) untuk menyalurkan hasil daripada 11.11 Mega LIVE Showdown kepada 30 usahawan mikro di bawah YWP.
Selain itu, TikTok Shop juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membudayakan literasi digital dalam kalangan usahawan luar bandar melalui Pusat Internet Luar Bandar (PEDI).
Inisiatif itu bertujuan memberi impak positif kepada lebih 1,000 penjual di 12 negeri di Malaysia melalui bengkel, latihan dan sokongan berkaitan penstriman langsung.
TikTok Shop juga telah diiktiraf sebagai Rakan Kerjasama eUsahawan oleh MDEC di eUsahawan Gig Fest baru-baru ini, satu perhimpunan para pekerja bebas dan komuniti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk belajar dari kejayaan pencipta konten.
Inisiatif itu dirasmikan oleh Menteri Digital, TikTok Shop adalah satu-satunya platform e-dagang yang menerima penghormatan ini.
Kerjasama berterusan TikTok Shop dengan MDEC telah menghasilkan pemberdayaan kepada 2,000 pelajar di 10 universiti dengan pembangunan sukatan pelajaran TikTok Shop, serta memudahkan pembangunan penjual di kawasan pedalaman.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!