seismik

Kerajaan Akan Teruskan PLKN 3.0, Pelatih Akan Jalani Latihan Di Kem Tentera

13 kem tentera Wataniah akan digunakan untuk latihan 45 hari, dengan kapasiti 20,000 pelatih.

Cover image via Harian Metro & Berita Harian

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan bersetuju meneruskan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018

Namun, ia menggunakan kaedah latihan berbeza berbanding sebelumnya, dengan anak muda akan menjalani latihan di kem tentera.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebanyak 13 kem tentera Wataniah akan digunakan untuk latihan selama tempoh 45 hari yang mampu menampung kapasiti sehingga 4,000 pelatih.

"Kerajaan sudah memikirkan semula untuk meneruskan PLKN. Jemaah Menteri pada 2021 sudah pun meluluskan supaya ia dikaji semula dengan cara baharu untuk kita meneruskan PLKN"

"Satu jawatankuasa khas ditubuhkan Kementerian Pertahanan (MINDEF) untuk mengkaji bagaimana cara kita hidupkan semula PLKN, tetapi dengan 'template' (acuan) baharu yang mana PLKN dulu dilakukan di banyak kem"

"Kita mahu supaya kali ini kita tidak berbelanja banyak, tetapi ia lebih memberikan pulangan baik kepada modal insan," katanya ketika menjawab soalan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini," katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Free Malaysia Today

PLKN mula digagaskan pada tahun 2002 dengan pembentukan Jabatan Latihan Khidmat Negara sebelum memulakan program itu pada tahun 2004.

Ia kemudian ditangguhkan pada 2015 dan diperkenalkan semula setahun kemudian dengan anggaran pelaksanaan penuh pada 2019. Bagaimanapun, program itu dimansuhkan pada 2018.

Modul latihan merangkumi 90% ketenteraan, 10% kenegaraan untuk bina belia yang
berkualiti.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: