seismik

Kereta Ferrari Terbakar Di Lebuh Raya KESAS Milik Jutawan Kosmetik, Aliff Syukri

Kereta Ferrari model 458 Italia itu telah terbakar di Kilometer 39.5 Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) dari arah USJ ke Plaza Tol Sunway, semalam.

Cover image via Instagram @aliffsyukriterlajaklaris

Sebuah kereta Ferrari yang musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di lebuhraya KESAS dari Persiaran Kewajipan menghala ke Plaza Tol Sunway, Subang itu dikatakan milik jutawan kosmetik iaitu Aliff Syukri

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Harian Metro, kereta itu dipercayai terbakar ketika sedang dipandu di lebuh raya berkenaan. Namun, ketika pihak bomba sampai dilokasi, pemandu kereta tersebut tiada di tempat kejadian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Image via Utusan Online

Namun, hari ini telah disahkan bahawa kereta Ferrari tersebut adalah milik Aliff Syukri. Perkara ini terbongkar kerana dia sendiri telah memuat naik satu posting di Instagram yang mengesahkan kereta itu adalah miliknya.

Dalam posting tersebut, Aliff Syukri telah memuat naik satu video beliau yang sedang bersedih dan satu video yang menunjukkan kereta Ferrari itu sedang terbakar. Video tersebut dipercayai daripada rakaman orang awam.

"Aku insan yang lemah... kuatkanlah semangatku ya Allah. Apa patut saya buat, kereta kesayanganku aku beli RM1.8 juta," luahan hati Aliff Syukri dalam video tersebut

Menurut laporan, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, ketika kejadian, kenderaan mewah terbabit dipandu oleh seorang lelaki warganegara Australia berusia 29 tahun yang dikenali sebagai Alladin El Mir.

Namun, pada jam 10:30 malam semalam, pemilik kenderaan iaitu Aliff Syukri sendiri datang untuk membuat laporan mengenai kejadian tersebut.

Memetik laporan pemandu ketika itu, dia menyedari kebakaran itu bermula di bahagian ekzos dan bertindak untuk memberhentikan kenderaan tersebut di lorong kecemasan. Namun, lebih kurang satu minit selepas kenderaan berhenti dan dia keluar dari kenderaan tersebut, berlaku letupan yang menyebabkan api marak lalu membakar seluruh bahagian kereta mewah tersebut.

Kebakaran itu terjadi kira-kira 30 minit sehingga api dipadamkan oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya.

Lihat klip penuh luahan hati Aliff Syukri mengenai kejadian ini:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS SEISMIK:

You may be interested in: