Lebih 10K Retweets, Gadis Ini Kongsi Tips Mudah & Cepat Buat Meal Prep Untuk Kurus. Easy!
Boleh cuba-cuba kalau nak. :)
Bila dah seharian bekerja, waktu untuk memasak di rumah buat makan malam sememangnya bukan perkara yang mudah
Mana tidaknya, bila sudah seharian bekerja di pejabat, balik pula kena bawa kereta menghadap trafik, memang keletihanlah jawabnya bila sampai di rumah. Kadang-kadang rasa macam malas sangat nak sediakan makan malam walaupun untuk diri sendiri, sebab terlampau letih.
Tapi sebenarnya ada cara yang mudah dan simple untuk anda sediakan 'meal prep' untuk diri sendiri mahupun keluarga. Lebih-lebih lagi buat mereka yang nak jaga makan dan jaga badan.
Bagaimana caranya? Boleh lihat perkongsian tips yang ditulis oleh gadis ini di laman Twitter @nawalhudaa. Nampak macam senang je!
Untuk anda yang nak kurus tu, memang sesuai sangatlah buat meal prep ni.
Yang penting, cara untuk sediakan makanan ni tak renyah.
Untuk sukatan pula, gadis ini menggunakan kaedah suku-suku separuh dan kira kalori.
Dia juga menggunakan aplikasi myfitnesspal untuk merujuk jumlah kalori.