seismik

Lebih 30K 'Retweets', Lelaki Ini Kongsi Tips & Content Yang Patut Ada Dalam Resume

Take note, guys. Penting ni. Jangan main copy paste je.

Cover image via Twitter @freakyputra

Kesalahan pertama ketika memohon kerja adalah cara penulisan dan konten yang ada di dalam resume

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Seperti yang anda tahu, resume ini merupakan sesuatu perkara yang amat penting jika anda ingin memohon kerja di mana-mana syarikat sekalipun. Tidak kiralah syarikat besar, kecil atau sederhana, resume yang lengkap serta ringkas adalah penting bagi memudahkan penemuduga anda mengetahui maklumat diri seseorang itu.

Namun begitu, sehingga kini masih ramai yang tidak tahu cara dan tips yang betul untuk menulis resume. Ada yang terlalu panjang bak karangan, ada yang terlalu pendek tanpa butiran penting dan sebagainya.

Oleh itu, apa kata anda luangkan sedikit masa untuk mempelajari bagaimana cara penulisan resume yang sebetulnya.

Lengkap dan ringkas.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Tips berguna ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter iaitu @freakyputra dan sehingga kini berjaya meraih lebih 30.7 ribu retweets dan 47.3 ribu likes.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Pelbagai jenis resume pernah diterima. Tapi ada yang solid dan ada juga yang tak lengkap.

Di bawah merupakan content yang sepatutnya ada di dalam resume seseorang:

Butiran peribadi pun ada cara tersendiri untuk dimasukkan. Bukan semuanya perlu ada.

Untuk butiran lain seperti skil berkaitan industri pula, penting untuk anda tahu skil kerja yang telah dimohon

Ini pula merupakan content yang tak wajib ada di dalam resume.

Tapi kalau ada pun akan membantu penemuduga, kalau tiada pun tak apa.

Untuk anda yang sukar untuk faham, boleh rujuk penjelasan di bawah:

Mudah, bukan?

Kalau anda nak betulkan balik resume yang sedia ada, boleh gunakan tips ni. Baru lengkap dan ringkas.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Yang penting, ringkas. Tak perlu 'fancy' pun.

Bila dah siap resume, apa kata anda baca tentang tips untuk pergi temuduga pula.

You may be interested in: