"Lepas 1000 Tahun" - Netizen Gembira Eskalator KLCC Sudah Dibaiki, Siap Puji Anthony Loke
Akhirnya.
Menggunakan pengangkutan awam sememangnya lebih memudahkan bagi sesetengah orang
Tambahan lagi untuk siapa yang bekerja di ibu kota. Tidak perlu hadapi masalah trafik yang begitu sesak betul tak?
Bagi anda yang menggunakan tren pasti tahu akan eskalator yang sudah lama rosak di KLCC. Ia sudah lama terbiar tanpa sebarang baik pulih.
Namun, baru-baru ini seorang individu berkongsi video eskalator itu akhirnya dibaiki telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Ucap terima kasih pada Anthony Loke
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu berkongsi keadaan semasa dia sedang berada di stesten tren KLCC.
Dia kemudian menunjukkan eskalator yang lama terbiar di situ akhirnya dibaiki dan mula berfungsi. Untuk pengetahuan anda Anthony Loke telah dilantik sebagai Menteri Pengangkutan.
Jadi, perkara ini telah menggembirakan mereka terutama sekali yang sering berjalan di sini untuk menuju ke tempat kerja.
"Betapa senang & selesa dah sekarang kan? Terbaik YB Anthony Loke" - Netizen
Dalam pada itu, ramai netizen mengucapkan terima kasih dan menghargai apa yang dilakukan beliau untuk kesenangan masyarakat.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 70.4K views, 4,709 likes dan 497 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!