seismik

"Maafkan Saya Sir" - Minta Pilihkan Logo Sekali Tak Sengaja Hantar Gambar Penyu Buat Lain

Nasib baik sir dia sporting.

Cover image via @tenangpainter (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda negara, banyak aktiviti secara bersemuka terpaksa ditangguhkan demi memutuskan rantaian wabak itu

Jadi, ianya perlu dilakukan secara online saja sehingga diberitahu kerajaan nanti. Antara aktiviti bersemuka itu adalah seperti yang semua tahu sesi persekolahan dan kuliah bagi pelajar universiti.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis tidak sengaja terhantar gambar penyu kepada pensyarahnya telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak sengaja terhantar gambar penyu yang salah

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi mesej antara dia dan pensyarahnya melalui WhatsApp.

Dia pada mulanya bertanyakan pensyarahnya gambar penyu mana yang lebih baik untuk dia membuat logo. Namun, dia dengan tidak sengaja terhantar gambar penyu yang sedang menunjukkan jari tengah kepada pensyarahnya itu.

Situasi berkenaan membuatkan pensyarahnya terkejut dan dia segera memohon maaf kerana tidak perasan dengan gambar tersebut.

"Macam kena pula dengan muka penyu tu" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 227.2K views, 18.2K likes dan 334 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Boleh pula dia salah hantar tu, aduhai nasib baik sir dia okay :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: