"Minyak Kena Sampai Sini Kak" - Buat Content Nak Masak Sardin, Sekali Lain Pula Jadinya
Aduh, failed la.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pelbagai content seperti resepi atau cara memasak dimuat naik di media sosial sekarang
Daripada situ, ramai yang boleh belajar memasak dan mencuba resepi baru di rumah. Namun kadangkala ada saja video yang tidak menjadi dan banyak bloopers.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang gadis cuba masak sardin tapi lain pula jadinya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Belum apa-apa lagi minyak dah terpercik sana sini
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang merakam dirinya memasak sardin di dalam kuali.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila sebaik saja dia meletakkan seekor sardin dalam minyak panas, minyak itu tidak berhenti terpercik merata-rata sehingga ke arah telefonnya juga.
Dia kemudian berkata "haa, takpalah esok jelah aku masak" membuatkan ramai memberi pelbagai reaksi.
"Lah risau, aku sampai jauhkan phone time tengok video sebab rasa macam kena percik - Netizen*
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.4M tontonan, 107K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!