seismik

"Muka Masam" - Usik Cashier Sedang Bekerja, Reaksi Muka Marahnya Pula Curi Tumpuan

Siapa suruh kacau member kerja, kan dah kena!

Cover image via @redzwanshah (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan bekerja sebagai cashier di mana-mana kedai sudah pasti sangat memenatkan

Perkara disebabkan pelanggan yang tidak putus-putus datang ke kedai untuk membeli barang. Mereka juga perlu mengira jumlah harga barang dengan teliti untuk mengelakkan duit syarikat terkurang. 

Baru-baru ini, tular video di TikTok apabila seorang cashier memberikan reaksi muka apabila diusik oleh seorang pemuda itu telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@redzwanshah

sorry laaaa. .. ingat memang ada jual milo besar gini menyinga muka bai tu

original sound - RedzwanJanda - RedzwanJanda

Hulur bekas Milo kosong, cashier berikan jelingan maut

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sengaja mengusik cashier di sebuah kedai serbaneka. 

Dengan selamba menghulurkan bekas Milo Nugget yang kosong kepada cashier untuk dibayar, apa yang lebih melucukan adalah apabila cashier itu memberikan pandangan yang seolah-olah seperti marah dan malas nak layan. 

"Member bengang je tu, marah nau" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.3M tontonan, 105K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen terhibur dengan reaksi cashier itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Hayok, member dah nak jadi hulk tu. Itulah, usik lagi! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: