“Nangis Je Lah” - Nama Kena Panggil Dengan Cikgu, Reaksi Budak Lelaki Ini Undang Tawa
Alahai, comel je dia duduk macam tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak sering menjadi sumber tawa
Hal ini kerana, kanak-kanak mempunyai gelagat dan kerenah mereka yang melucukan. Memang tak gering gusi dibuatnya!
Tular satu video di media sosial baru-baru ini, berkenaan seorang budak lelaki menangis apabila namanya dipanggil cikgu telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak tahu nak buat apa ketika namanya dipanggil, menangis sahajalah
Menerusi video yang dimuat naik oleh @myrasaufee di TikTok, kelihatan rakaman menunjukkan seorang budak lelaki sedang berada di dalam sebuah kelas.
Apa yang menghiburkan ramai adalah apabila budak lelaki tersebut menunjukkan reaksi comel dan dilihat blur ketika namanya dipanggil oleh cikgu. Akibat namanya dipanggil oleh cikgu banyak kali, dia akhirnya menangis.
“Fuh dia sebut nama penuh, baik aku nangis” - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 783.4K tontonan, 88.6K tanda suka dan 1,193 komen di TikTok, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!