seismik

[VIDEO] “Loya Tekak” - Budak Lelaki Syok Main Slime Sampai Nak Termuntah Ini Undang Tawa

Okay tak tu, dik?

Cover image via @aznyrazak92 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Budak kecil memang suka mengisi masa mereka dengan bermain

Iyalah, selain makan, minum dan tidur, apa sahajalah yang mereka boleh buat kalau bukan bermain.

Begitu juga dengan video yang tular di media sosial baru-baru ini yang memaparkan seorang budak lelaki yang ingin termuntah ketika main slime telah mencuri perhatian warganet.

Lihat video penuh itu di bawah:

Nak main slime, tetapi geli sampai nak termuntah

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aznyrazak92 di TikTok, rakaman menunjukkan seorang budak lelaki sedang bermain slime.

Apa yang menghiburkan hati ramai adalah apabila budak lelaki itu dilihat hampir termuntah ketika sibuk bermain dengan slime. Mungkin dia berasa geli dengan tekstur slime yang lembik itu.

“Dik, tu slime dik bukan hingus. Comel betul” - Warganet

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet terhibur melihat reaksi budak lelaki itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 67.6K views, 2K likes dan 97 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Kecil lagi dah pandai nak loya tekak ya adik ni! :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: