seismik

"Nazak Dah Tu" - Penyanyi Ini Buat Concert, Tapi Warganet Pula Tak Faham Cara Nyanyiannya

Apa benda yang dia sebut tu?

Cover image via @shah_intan_family (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap orang mempunyai penyanyi atau band kegemaran masing-masing, baik artis tanah air mahupun luar negara

Kadangkala, ada yang sanggup berhabis ratusan ringgit semata-mata untuk pergi ke konsert artis tersebut.

Namun, lain pula dengan sebuah rakaman tular di TikTok ini yang memaparkan penyanyi berkumpulan menyanyikan lagu mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Nyanyi tanpa lirik konon menghayati lagu, tapi semua tak faham apa yang disebut

Menerusi perkongsian video daripada @shah_intan_family, kelihatan ramai penonton menghadiri sebuah konsert yang dianjurkan sekumpulan penyanyi di luar negara.

Tetapi, apa yang mencuri tumpuan adalah apabila vokalis kumpulan tersebut menyanyikan lagu mereka dengan cara pelik.

Dia hanya menyanyi mengikut rentak lagu tanpa sebarang lirik dan seolah-olah sedang menguap. Malah, ramai yang naik hairan bagaimana dengan menyanyi seperti itu boleh menarik ramai penonton datang ke konsert tersebut.

"Kita semua pandai menyanyi, cuma salah negara je. Hahaha sakit perut oi, sengsara tunggu" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan yang sehingga kini telah meraih 760.3K views, 30.3K likes dan 5K shares di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat cara vokalis kumpulan itu menyanyi.

Malah, ada yang sempat berseloroh mengatakan dia sedang menahan untuk membuang air besar dan seperti tercekik biji durian.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Geram pula tengok dia menyanyi macam tu, senang betul buat duit :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

More stories to read: