Negeri Sembilan Benarkan Solat Rapat Saf & Bersalaman Antara Jemaah Mulai 13 Jun Ini
Alhamdullilah, semoga kekal istiqamah.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Negeri Sembilan kini membenarkan solat berjemaah di masjid dan surau dengan cara merapatkan saf berkuat kuasa mulai 13 Jun ini
Menerusi kenyataan rasmi yang dimuat naik di Facebook, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berkata, jemaah bagaimanapun wajib memakai pelitup muka dengan sempurna ketika berada di ruang yang tertutup dan perlu memastikan tidak mempunyai sebarang gejala positif Covid-19.
"Jemaah juga dibenarkan bersalaman namun tidak dibenarkan menyentuh muka selepas bersalaman.
"Aktiviti Qiamullail, Iktikaf di masjid dan aktiviti pengajian ilmu (kelas takmir/ kuliyah/ tazkirah/ ceramah) juga dibenarkan tanpa penjarakan fizikal," katanya.
Tiada lagi penjarakan fizikal antara individu atau orang ramai
Majlis akad nikah, majlis kenduri kahwin, majlis sambutan hari kebesaran Islam, mesyuarat, program komuniti seperti penyampaian bantuan, sumbangan, gotong royong dan seumpamanya turut dibenarkan tanpa penjarakan fizikal.
Walau bagaimanapun katanya, sebarang program yang diadakan tertakluk kepada kebenaran daripada JHEAINS daerah dan permohonan perlu dibuat terlebih dahulu kepada Pegawai Agama Islam Daerah.
Selain itu katanya, solat jenazah juga turut dibenarkan tanpa adanya penjarakan.
"Masjid dan surau yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) akan diarahkan tutup sekurang-kurangnya tujuh hari," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!