Nervous Jumpa Siti Nurhaliza Depan-Depan, Wanita Ini Sampai Terlupa Nama Anak Bila Ditanya
Dia macam 'blank' kejap.
Semua orang di sini pasti mempunyai selebriti kegemaran masing-masing betul tak?
Tidak kira dalam ataupun luar negara. Kalau jumpa mereka mesti ada rasa teruja itu. Tambahan lagi, kalau jumpa berdepan, memang gugup rasa dia. Sampai kadangkala semua benda jadi 'blank'.
Situasi itu sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita sehingga terlupa siapa nama anaknya ketika ditanya penyanyi nombor satu negara Dato Sri' Siti Nurhaliza telah mencuit hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Terus lupa nama anak bila jumpa Siti Nurhaliza
Menerusi video tersebut, kelihatan sedang berlangsung konsert Dato Sri' Siti Nurhaliza dengan dihadiri ramai peminat.
Namun, beliau kemudian dilihat memanggil salah seorang penonton wanita di situ dan bertanyakan beberapa soalan kepadanya.
Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila Dato Sri' Siti Nurhaliza bertanyakan siapakah nama anak wanita itu dan dia seolah-olah seperti terkaku buat seketika.
Mungkin juga kerana dia gugup berdepan dengan penyanyi nombor satu negara itu.
"Bila terjumpa idola, auto lupa semua" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 483.5K views, 34.2K likes dan 209 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!