Pasangan Kantoi Belanja Besar Guna Kad ATM Orang Lain, Alasan Mahu Cuba 'Nasib'
Difahamkan, laporan polis telah pun dibuat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular di Facebook selepas seorang wanita mendakwa kad debitnya telah digunakan oleh individu lain tanpa dia menyedarinya
Difahamkan, kad debit itu telah digunakan oleh sepasang suami isteri yang menjumpai kad terbabit.
Kali terakhir dia menggunakan kad adalah pada 3 Februari di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Johor dan kemudian menaiki perkhidmatan e-hailing untuk pulang ke rumah.
Malah, dia mula menyedari ia telah digunakan selepas menerima transaksi tidak sah yang bukan darinya selama dua hari berturut-turut. Dia juga telah membuat laporan polis. Katanya, jumlah kerugian dianggarkan mencecah RM400.
Kantoi nampak pasangan berbelanja dekat CCTV
Hasil daripada rekod dan siasatan, dia mendapati transaksi berkenaan telah digunakan pada 4 dan 5 Februari di beberapa lokasi.
Mangsa juga melihat rakaman CCTV yang didapati daripada premis tersebut yang menunjukkan kelakuan pasangan terbabit yang sedang menggunakan kadnya.
"Pada mulanya, saya melihat CCTV untuk mengesan di mana saya jatuhkan kad, kerana kali terakhir saya gunakan adalah di CIQ, tetapi kad saya telah digunakan di Skudai.
"Saya menggunakan InDrive dari CIQ ke rumah saya pada 3/2/2025. Tak sangka nampak muka orang yang gembira menggunakan duit dari hasil titik peluh orang lain," katanya.
Pelaku dakwa mahu cuba 'nasib' sahaja gunakan kad
Tambah mangsa, pelaku kemudian tampil memberitahu hal sebenarnya dan mendakwa mereka menjumpainya di dalam e-hailing dan menafikan bahawa mereka mencuri kad tersebut.
Malah, dia juga meminta maaf dan berjanji akan menggantikan semula kesemua wang yang telah digunakan kepada mangsa.
Bagaimanapun, mangsa mendakwa setakat ini masih tidak menerima sebarang pengembalian wang dan telah pun merujuk kes itu kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.
"Sekarang saya serahkan kes ini kepada pihak berkuasa. Berkongsi disini untuk pengajaran. Ramai yang DM memberitahu kedua-duanya mempunyai beberapa kes mencuri di beberapa kedai sebelum ini dan juga berkongsi beberapa rakaman cctv kes kecurian telefon dan sebagainya," tulis mangsa.
Kalau jumpa kad hilang, lebih baik serahkan pada pihak yang bertanggungjawab sahaja. Jangan gunakannya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!