seismik

Pelajar Perubatan UM Ini Terima Biasiswa Rhodes Berprestij Ke Universiti Oxford. Wow!

Dia akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford, UK pada Oktober 2021.

Cover image via India TV News & Malay Mail

Pelajar perubatan tahun akhir Universiti Malaya (UM), Subashan Vadibeler telah terpilih sebagai Rhodes Scholar-Elect 2021 (Malaysia)

Menurut sumber, Subashan telah ditawarkan Biasiswa Rhodes yang berprestij untuk menyambung pelajaran di Universiti Oxford, United Kingdom (UK).

Program biasiswa tersebut adalah anugerah pascasiswazah yang menyokong pelajar terpilih dari seluruh dunia untuk belajar di Universiti Oxford.

Berita gembira itu juga turut dikongsi oleh dekan perubatan UM, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman menerusi laman Twitter peribadi miliknya.

Subashan yang berusia 24 tahun bercita-cita untuk membasmi denggi satu hari nanti

Image via The Star

"Saya berharap dapat mempelajari imunologi denggi dan pada masa akan datang dapat membasmi penyakit tropika tersebut yang diabaikan. Saya berusaha ke arah itu dalam karier yang saya ceburi," katanya.

Subashan akan menuju ke UK pada Oktober 2021 selama dua tahun di mana dia akan melanjutkan pelajaran dalam dua sarjana, iaitu Sarjana Sains dalam Kesihatan Antarabangsa dan Perubatan Tropika dan Sarjana Sains dalam Imunologi Bersepadu.

Dia mengakui kejayaan ini adalah hasil daripada sokongan dan bimbingan fakulti perubatan universiti dan berkata bahawa peluang ini tidak mungkin dia dapat tanpa bantuan mereka.

Sekali lagi tahniah kami ucapkan kepada Subashan Vadibeler kerana telah mengharumkan nama baik Malaysia!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: