seismik

Pelakon & Pelawak Veteran Jaafar Onn Meninggal Dunia

Al-fatihah. Semoga beliau tenang di sana.

Cover image via Harian Metro & Mstar

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelakon, pelawak dan pengacara veteran, Jaafar Onn, 73, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang kira-kira jam 11.30 pagi tadi

Berita itu disahkan oleh anak angkat Jaafar Onn sendiri, Mohamad Hanif Hashim.

Menerusi laporan, Hanif berkata urusan proses pengurusan jenazah dan pengebumian masih dalam perbincangan bersama keluarga arwah.

Hanif memberitahu, Jaafar ditahan di wad Hospital Sultan Idris Shah Serdang sejak kelmarin akibat berlaku pendarahan semasa membuang air besar.

Image via Utusan

Tambahnya, doktor telah berusaha untuk memberikan bantuan pernafasan selepas keadaan beliau yang kritikal dan jantungnya terhenti, pagi tadi.

Jaafar atau nama sebenarnya, Jaafar Onn Awang sebelum ini dikhabarkan mengalami masalah injap jantung yang mengakibatkan kakinya membengkak sehingga perlu menggunakan kerusi roda sejak enam bulan lalu.

Sejak tahun lalu, beliau terpaksa menjalani beberapa prosedur rawatan di hospital untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan kesihatannya yang merosot.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: