seismik

Pemangku Sultan Pahang Terima Baik Jika Farid Kamil Pulangkan Gelaran ‘Datuk’

"Memakai gelaran ini harus ikut etika."

Cover image via kosmo.com.my

Insiden yang membabitkan pelakon dan pengarah filem terkenal iaitu Farid Kamil yang didakwa telah menampar seorang anggota polis dan menyakiti orang awam telah direman selama 5 hari dan kini bebas daripada segala tuduhan dengan jaminan sebanyak RM12,000

Turut berduka cita dan terkejut mengenai isu yang menggemparkan ini ialah Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah Sutan Ahmad Shah yang telah menganugerahkan gelaran Datuk kepada Farid Kamil pada Disember lalu.

Farid Kamil telah menerima Pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) daripada Tengku Abdullah sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Kuantan, Pahang

Datuk Farid Kamil bersama isteri tersayang, Datin Diana Danielle

Image via Instagram @faridkamilz

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dikatakan menerima baik sekiranya Datuk Farid Kamil Zahari dengan rela hati memulangkan semula Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) tersebut.

Katanya lagi, "Semua individu yang mendapat (gelaran) Datuk, telah tersurat dan tersirat dalam etika untuk (layak) memakai gelaran ini.

"Kalau hendak diikutkan hati, nak tarik semua (anugerah kebesaran negeri). Saya dukacita kalau terdapat individu yang digelar Datuk berkelakuan seperti ini."

"Kalau dia hendak pulangkan, terpulanglah. Kalau dia sedar dan dia hendak pulangkan, itu lebih baik," titah Tengku Abdullah kepada pemberita Kosmo

Tengku Abdullah (tengah) bersama Farid Kamil (kiri) dan isterinya Diana Danielle (kanan)

Image via Instagram @faridkamilz

Ujar Tengku Abdullah lagi, "Saya bukan mahu menghukum, tapi mereka sendiri yang tersalah langkah. Kalau kita hendak tarik semula (gelaran Datuk), kita juga harus mengikut prosedur.

"Tapi kalau dia hendak pulangkan, itu cara terbaik," katanya yang terkejut dengan kejadian yang berlaku.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca kronologi kes Farid Kamil di SINI:

Atau baca juga artikel best-performing kami di bawah:

You may be interested in: