Penyampai Radio Sarawak Tak Mahu Ketinggalan Cuba Nasib Di Uji Bakat Calpis Soda OIAM!
Dia tidak berhenti berusaha dalam mengejar minatnya walaupun kini telah bergelar penyampai radio.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang penyampai radio dari Sarawak mencabar dirinya selepas turut mencuba nasib di uji bakat Calpis Soda One In A Million
Haziq Nazir atau nama panggilannya, Naz memberitahu pengalaman menyertai uji bakat Calpis Soda OIAM ini menggambarkan suasana di atas pentas yang penuh cabaran.
Dia juga menggambarkan perasaan tertekan dan gementar jelas terasa, terutama apabila berhadapan dengan juri dan penonton. Namun, pengalaman tersebut dianggap sebagai satu proses pembelajaran berharga yang membantu mereka meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran persembahan.
Menurutnya, menjadi penyampai radio dan penyanyi mempunyai perbezaan yang ketara, walaupun kedua-duanya melibatkan suara. Penyampai radio bergantung sepenuhnya pada suara untuk menarik perhatian pendengar tanpa visual, manakala penyanyi menggunakan suara, ekspresi wajah, dan gerak tubuh untuk menyampaikan emosi dalam lagu.
Penyampai radio memerlukan kemahiran bercakap dengan spontan dan jelas, manakala penyanyi perlu menguasai teknik vokal serta penyampaian emosi melalui muzik.
Terharu terima komen positif daripada juri
Naz meluahkan rasa terharu apabila menerima komen daripada penyanyi profesional seperti Abang Bob Yusof dan Shaffiq Erwin. Baginya, setiap komen yang diberikan merupakan pengajaran yang sangat berharga, bukan sahaja untuk memperbaiki kelemahan tetapi juga sebagai motivasi untuk terus maju dalam dunia seni.
Beliau juga banyak menonton program realiti di TV3 seperti Mentor dan Lagu Cinta Kita, yang menjadi inspirasi besar untuk mendalami bidang nyanyian. Kali ini, dia merasa sangat teruja apabila akhirnya berpeluang menyertai uji bakat OIAM, sesuatu yang telah lama diimpikan.
Kongsi sudah minat menyanyi sejak kecil, tak mahu berhenti berusaha kejar minat
Minat menyanyi yang dipupuk sejak kecil mendorong beliau untuk mengejar cita-cita menjadi penyanyi profesional, termasuk pengalaman busking yang memberikan pendedahan awal dalam dunia hiburan. Baginya, peluang ini bukan sahaja pengalaman yang sangat berharga tetapi juga langkah penting untuk mendekatkan diri kepada impian tersebut.
Walaupun rasa gementar itu sesuatu yang normal, malah baik untuk meningkatkan kualiti dalam persembahan, penting untuk belajar mengawal perasaan tersebut. Dengan kawalan yang baik, ia membolehkan seseorang menikmati setiap momen di atas pentas dan memberikan yang terbaik kepada penonton
Naz berhasrat untuk tidak berhenti berusaha dalam mengejar minatnya walaupun kini telah bergelar penyampai radio. Semangat itu menjadi bukti bahawa Naz percaya minat dan bakat harus terus digilap tanpa mengira cabaran.
"Saya merupakan seorang yang suka mencuba perkara baru dan gemar mencabar diri. Tidak kira dalam bidang lakonan, nyanyian, mahupun sebagai penyampai radio, sayan akan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dalam setiap apa yang ingin diceburi, kerana saya ingin menjadi inspirasi kepada orang ramai," katanya.
Kepada mereka yang tidak berpeluang hadir, mereka masih boleh menyertai melalui Uji Bakat Dalam Talian, dengan memuat naik video nyanyian berdurasi 1 minit di TikTok dengan hashtag rasmi #CalpisOIAMTV3 dan #SegarRasaSodapSuara sehingga 24 November ini.
Jadi, tunggu apa lagi warga Pahang dan Borneo? Sertai uji bakat Calpis Soda One In A Million, dalam pencarian suara bernilai sejuta ringgit Malaysia yang seterusnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!