Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Selesai Terima Suntikan Vaksin Covid-19
Beliau menjadi individu pertama di Malaysia yang menerima suntikan tersebut.
Lancar Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan hari ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru saja selesai menerima suntikan pertama vaksin sebentar tadi
Menurut laman Twitter @KKMPutrajaya, beliau telah menunjukkan borang persetujuan menerima vaksin dan playcard #LindungDiriLindungSemua selepas selesai menerima vaksin.
Menerusi siaran langsung yang disiarkan oleh RTM, Tan Sri Muhyiddin menerima vaksin Pfizer-BioNTech secara rasmi bermula sebentar tadi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham turut menerima vaksin serta empat lagi kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan menetapkan mana-mana individu yang disuntik dengan vaksin ini akan berehat selama 30 minit dan akan dipantau oleh pegawai kesihatan jika berlaku apa-apa alahan.
Lebih 500,000 anggota barisan hadapan bakal menerima vaksin tersebut untuk fasa pertama yang akan berlangsung sehingga April depan.