Pertama Kali Cuba Makanan Pasar Malam, Uncle Rusia Ini Cakap Apam Balik Paling Sedap!
Siapa je tak suka apam balik?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan, makanan di Malaysia sering menjadi pilihan dan kegemaran pelancong dari luar negara
Ini kerana Malaysia mempunyai banyak pilihan makanan yang sedap dan sesuai dengan tekak semua orang. Sebut saja nak makan apa, mesti boleh dapat di mana saja.
Tular baru-baru ini sebuah video memaparkan seorang lelaki Rusia mencuba makanan di pasar malam telah menarik perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsi oleh @annama1ia, kelihatan lelaki itu mencuba beberapa makanan dari pasar malam yang dibeli oleh anaknya.
Antara makanan yang dicuba adalah roti John dan apam balik. Apa yang menarik perhatian adalah dia dilihat memuji kesedapan apam balik itu.
Difahamkan, anaknya merupakan seorang model di Malaysia dan ayahnya pula melancong di sini selama sebulan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!