seismik

Ponteng Puasa Dengan Alasan Tak Sahur. Lelaki Berusia 30 Tahun Dicekup & Cuba Larikan Diri

Dah umur 30 pun boleh guna alasan tak sahur ke cik abang? Adui.

Cover image via Berita Harian

Seorang lelaki berusia 30 tahun dikatakan telah dicekup oleh pihak berkuasa selepas 'kantoi' ponteng puasa dan makan di khalayak ramai

Image via Berita Harian

Kejadian tersebut berlaku di Alor Setar, Kedah ketika operasi sedang dijalankan pagi tadi, 8 Mei 2019.

Lelaki itu turut memberi alasan tidak bersahur dan menjadikan itu sebagai 'tiket' untuk tidak berpuasa dan terpaksa makan di sebuah kedai makan bukan Islam.

Menurut laporan, lelaki tersebut ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) bermula jam 11 pagi. Namun, masih cuba untuk melarikan diri sebaik sahaja dia menyedari kehadiran pihak berkuasa ketika sedang menjamu nasi goreng bersama teh o ais.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa) Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Kedah, Syeikh Azhari Mohamad menjelaskan bahawa lelaki itu tidak menafikan bahawa dia tidak berpuasa

Sejurus ditahan, lelaki itu disaman mengikut Seksyen 14 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana makan di tempat awam dan juga tidak menghormati bulan Ramadan.

Tambahan lagi, dalam operasi yang dibuat pagi tadi, pihak mereka telah mengeluarkan sebanyak tiga saman ke atas individu yang dikesan makan di tempat awam dan merokok di khalayak ramai.

Jika disabitkan kesalahan, individu terbabit bakal didenda tidak melebihi RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-dua sekali.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Seramai 25 orang anggota penguatkuasa termasuk dari Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu, Padang Terap dan Kota Setar telah melakukan operasi di kawasan-kawasan yang disyaki menjadi tumpuan untuk kaki ponteng puasa.

Malah, ada juga individu yang dikesan sedang makan di pondok rehat turut bertempiaran lari sebaik sahaja melihat kelibat penguatkuasa JAIK.

Pelbagai jenis perangai 'kaki ponteng' puasa yang ditemui ketika operasi dijalankan

Hasil pemeriksaan turut menemui bungkusan nasi dan minuman yang baru dibuka bersepah di meja pondok. Malah, seorang lelaki berusia 30 tahun sanggup memanjat kaki gunung sejauh kira-kira 80 meter kerana takut dicekup oleh pihak berkuasa atas kesalahan merokok.

Lelaki itu kemudiannya terpaksa turun ke pondok rehat dan turut diberikan surat saman oleh pihak berkuasa.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Tribunews
“Operasi ini akan diteruskan dari masa ke semasa di seluruh daerah di negeri ini dan tujuan kita hanya untuk mencegah kaki ponteng puasa supaya menghormati bulan puasa."
Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa) Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Kedah, Syeikh Azhari Mohamad

Tak dapat apa pun kalau ponteng puasa ya. Dah besar kot, pandai-pandailah fikir.

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga perkongsian lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: