"Puaka Punya Perempuan" - Netizen Serang Ruhainies Di Instagram
Sehingga kini belum tahu kesahihannya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Nama Ruhainies menjadi sebutan apabila dilaporkan Aliff Aziz ditangkap awal khalwat pada pagi tadi bersama seorang pelakon wanita popular
Disebabkan Ruhainies merupakan heroin yang bergandingan dengan Aliff Aziz untuk sebuah drama, netizen telah mula membuat ‘serangan’ meluahkan kemarahan terhadap pelakon jelita itu dengan melemparkan tuduhan kononnya dialah pelakon wanita yang ditangkap bersama Aliff walaupun belum ada kesahihan.
Ramai yang memberi komen negatif kepadanya dan ada yang sampai berani melabelkan diri sebagai perempuan puaka.
Dalam pada itu, Instagram adik kepada pelakon Risteena Muin itu juga menjadi sasaran kecaman ramai.
"Mana dia boipren (boyfriend) dia yang kaya tu? Yang ambil gambar pun tak bagi nampak muka takut kena sondol tu? Dah putus?" komen seorang pengguna Instagram.
Menurut laporan Kosmo, awal pagi tadi dunia hiburan digemparkan dengan berita selebriti Aliff Aziz dan seorang pelakon wanita dicekup berkhalwat dan bersekedudukan di sebuah kondominium mewah.
Tangkapan yang dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) difahamkan berdasarkan maklumat orang awam.
Perkara tersebut juga disahkan adik Bella Astillah, Didi Astillah yang juga seorang ketika ditemui di lokasi kejadian bagi menemani kakaknya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!