seismik

Menantu Bongkar 11 Rahsia Awet Muda Ibu Mentuanya Yang Nampak Sebijik Macam Anak Dara

Fuh, terbaiklah! Muka betul-betul nampak macam kawan je bila berdiri sebelah menantu.

Cover image via Twitter @azyanizamri

Dalam dunia ini, siapa je yang tidak mahu untuk kelihatan seperti 10 tahun lebih muda, bukan?

Bukan mudah untuk mendapatkan rupa seperti anak dara walaupun anda sudah berumur 40-an, tanpa apa-apa suntikan yang membahayakan ya. Zaman sekarang memang ramai yang telah menggunakan jalan mudah untuk tampak lebih muda dari usia yang sebenar. Walaupun mereka tahu, semua itu mempunyai kesan sampingan yang membahayakan.

Image via Giphy

Baru-baru ini telah viral di laman Twitter, perkongsian seorang wanita iaitu Azyani Zamri yang membongkarkan rahsia ibu mentuanya yang tampak 10 tahun lebih muda dari usia sebenar.

Memang power habis tips yang diberikan. Ingin tahu? Baca perkongsian penuh di bawah:

Ramai warga Twitter yang ingin tahu apa beauty secret ibu mentuanya. Sedangkan dia sendiri pun ketika mula-mula berkahwin dengan suaminya, mempunyai perasaan ingin tahu juga.

Firstly I want to introduce my MIL. Yes she is my mil (mother in law) atau BM-nya mak mentua. Nama beliau Jaslina Bt Ab Sani. Umur 45 tahun. Seorang guru matematik. Asal Baling, Kedah. Ini gambar mama dgn cucu-cucunya; my kids.

My first son, Muhammad Adam Furqan - 2 tahun 7 bulan dan my second baby princess, Medina Safiyya - 7 bulan. My husband anak sulung dan ini 2 orang cucu Mama. Yes, kalau kami keluar sama-sama, ramai usha semacam ja bila Mama cakap kat Adam “Mai kat TokMa mai”.

Ketika pertama kali kenal dengan suami, dia juga pernah salah anggap bahawa ibu mentuanya itu adalah teman wanita kepada suaminya. Pelik tapi benar!

Azie pun masa mula-mula kenal my husband, Azie tengok gambar dia dengan Mama dia, ingatkan awek! Hahaha puas dia cuba jujur cakap tu mak dia. Last-last memang betul mak dia wei. First time dia introduce Azie kat mama dia time tu bulan puasa, kami buka puasa sesama.

Aduhai memang muda gila. Dengan rampingnya, kecik molek ja, dulu lagi kurus dari pic atas tu. Serious macam anak dara. Tapi masa tu husband Azie umur 20 tahun (2012). Kami kenal 3 tahun, then decide utk kahwin pada tahun 2015, April.

Yes bagi yg bertanya dan berteka-teki, my MIL mmg kahwin muda. Hehe. Umur 18 tahun dia kahwin, then lahirkan my husband masa umur 19. Lepas 3 tahun, Mama masuk Maktab dan sekarang masih bekerja sebagai Cikgu di sebuah sekolah rendah di Baling, Kedah.

Of course Azie korek rahsia awet muda Mama once dah jadi official menantu mama! Hehe. Dan segala rahsia/tips/petua/her beauty secrets memang sangat-sangat bagus untuk kita orang perempuan terutamanya since anak dara.

Ini merupakan 11 rahsia awet muda yang selalu diamalkan oleh ibu mentuanya. Memang tergamam bila baca!

1. Mama jenis seorang yang jarang dan boleh dikatakan tak suka minum manis. Ini merupakan senarai tentang keburukan minum minuman manis.

2. Mama suka makan buah. Terutamanya buah yang kaya dengan Vitamin C.

Mama cakap malam-maalm kalau lapar, makan je buah. Dan buah yang dia selalu amalkan adalah Lemon! Yes, lemon sangat2 bagus untuk kekalkan keremajaan dan awet muda. Mama amal since umur dia 20++ tahun.

Ini adalah gambar mama dan anak lelakinya. Macam berpasangan je bila tengok!

3. Mama suka berkayuh

Haa sebenarnya kedua-dua mentua azie kedua-duanya suka bersenam dan senaman yg selalu mereka buat sama-sama adalah cycling. Perghh Azie pun tak rajin mcm ni wei. Tapi kena amik satu masa jugak at least exercise 1x seminggu!

Ini pula bapa mentua yang sudah berumur 50 tahun sekarang. Beza 5 tahun dengan ibu mentua namun badan masih fit dah memang tak boroi langsung.

4. Mama suka amalkan Doa dan Selawat Syifa'

Mama cakap setiap kali mandi dan cuci muka. Mama akan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Dan ini memang Mama amalkan setiap hari, setiap kali mandi dan sehingga sekarang.

5. Mama suka ikut petua orang-orang tua. Contohnya:

1. Mama suka buat wap muka dengan wap air time masak nasi tu.
2. Dulu Tok (Mak Mama) ajar gosok muka dengan kulit pisang emas untuk nampak cantik.
3. Minum jus air daun pegaga, peria (Ouch ini mmg betul2 kena kental ni kalau nak telan).

Wap muka ni Azie pun suka jugak buat n dia sangat bagus untuk:

1. Kecutkan/hilangkan jerawat.
2. Buang whitehead/blackhead.
3. Melembapkan muka.
4. Menaikkan seri wajah.
5. Buang kotoran di muka dan muka akan rasa sangat fresh lepas tu!

6. Mama sentiasa happy dan always positive. Dia tak suka negativity.

Mama cakap setiap masalah cuba atasi cara positive. Selalu bersangka baik. Yang ni Azie sangat respect sebab mama memang selalu ceria je. Budak-budak kat sekolah memang suka Mama. Tengoklah gelagat tu.

Mama cakap lagi, mama suka happykan orang, contoh dia ceria dalam kelas, budak-budak suka dia, bila budak-budak suka, mereka pasti doakan untuk kita. Bila budak-budak sayang cikgu dia, mesti mereka doa yang baik-budak. Bestnya kalau ramai doakan kita bila sayangkan kita!

7. Mama jenis yang suka jaga personaliti

Sentiasa nak nampak kemas dan cantik. Orang yang jaga keterampilan. Duduk dalam rumah pun pakai gincu okay. Yang ni isteri-isteri harus praktikkan tau. Dalam rumah pun haruslah mekap! Jangan luar rumah je cantik, bila dalam rumah. MashaAllah.

8. Mama jarang sangat selsema, batuk atau demam

Kalau kehadiran ke sekolah tu memang jarang sangatlah nak amik MC sebab sakit. Alhamdulillah. Mama cakap asbab Mama sentiasa amalkan Vitamin C antibodi dan imuniti badan Mama kuat.

9. Mama suka makan ulam-ulaman

Contohnya: Ulam raja, pucuk paku, ibu kunyit, pudina, daun selom (daun dalam laksa tu).

10. Ibu dan bapa mentua suka pergi honeymoon

Yes mereka setiap tahun especially time anniversary date memang akan spend time together. Dan tarikh-tarikh penting ni sentiasa akan ada memori untuk dikenang. Bagi Mama, itu adalah kebahagiaan yang patut dikekalkan dalam rumahtangga.

Mama cakap juga, walau anak-anak dah besar nanti, mesti kekalkan “sweet” dengan pasangan supaya kita sentiasa happy dan bila kita happy wajah kita takkan cepat kendur dan kedut. Jadi kita akan sentiasa kelihatan muda dan tak nampak tua!

11. Untuk tips yang terakhir, mama sentiasa jaga solat Tahajjud

Okay lastly, number 11. Mama cakap bukan Mama nak riak, tapi ni Tok yg cakap, Mama sentiasa jaga Tahajjud. Dan kelebihan Tahajjud ni sangatlah besar. Ramai orang tahu tapi tak ramai yang buat. Jom kita try bangun tahajjud malam ni!

Alhamdulillah setakat ni Mama bagitau Azie yg ni la beauty secrets dia selama ni. Sharing is caring. Sapa tak suka kan bila umur dah menjangkau 40an tapi still nampak macam anak dara! Harapnya Azie sebagai menantu Mama dapat jadi awet muda jugak! Hihi.

Cuba teka yang mana ibu mentua yang mana menantu? Memang kedua-duanya nampak muda sangat!

Sumber: Twitter @azyanizamri

Senang sahaja bukan? Anda juga boleh cuba amalkan gaya hidup seperti ibu mentua Azie untuk kelihatan jauh lebih muda daripada umur sebenar. :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Perkongsian menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: