Drama Mat Salleh Ini Papar Watak Wanita Islam, Tapi Ramai Tepuk Dahi Lihat Cara Dia Solat!
Watak Marjan Marwani merupakan seorang ahli bomba beragama Islam yang bergelut dengan pekerjaannya kerana terpaksa menghadapi stigma sosial dari masyarakat.
Pasti ramai yang perasan banyak filem ataupun drama keluaran Hollywood selalu memaparkan masyarakat Islam sebagai watak jahat atau antagonis
Representasi watak Islam memainkan peranan penjahat telah menguasai budaya industri hiburan Amerika Syarikat sejak beberapa dekad sebelum ini.
Perkara ini diburukkan lagi berikutan peristiwa 9/11 yang mana nama Islam mendapat reputasi yang buruk di negara itu sehinggakan umat Islam di sana ditindas dan dilayan sama ada seperti penjenayah ataupun pengganas.
Namun begitu, pada masa kini, stereotaip itu semakin hari semakin dibuktikan sebagai tidak benar dan orang Islam semakin diterima baik dalam masyarakat barat.
Bahkan, filem ataupun drama Hollywood masa kini sudah mula menyertakan watak-watak protagonis beragama Islam dalam cereka mereka, dan orang Muslim tidak lagi hanya memainkan watak jahat.
Sebagai contoh, drama '9-1-1: Lone Star' memaparkan seorang watak ahli bomba wanita beragama Islam bernama Marjan Marwani
9-1-1: Lone Star mengisahkan sekumpulan ahli bomba yang mana bekerja untuk menyelamatkan nyawa orang ramai di samping menyelesaikan masalah peribadi masing-masing.
Watak Marjan Marwani yang dilakonkan pelakon Perancis-Lubnan, Natacha Karam, merupakan seorang wanita beragama Islam yang bekerja sebagai ahli bomba tetapi harus bergelut dengan pekerjaannya kerana terpaksa menghadapi stigma sosial dari masyarakat.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular video salah satu adegan dalam siri itu di mana Marjan dilihat sedang menunaikan solat di tempat kerjanya yang ternyata telah membuat ramai tepuk dahi
Hasil tinjauan di laman Twitter menunjukkan ramai yang mengkritik rancangan 9-1-1: Lone Star itu kerana seolah-olah sengaja menggunakan watak Muslim agar mereka dianggap tidak prejudis, tanpa mempunyai apa-apa pengetahuan tentang agama Islam.
Antara komen daripada pengguna laman Twitter:
Bukan itu sahaja, dalam video lain pula, tudung Marjan dilihat terbuka ketika dia sedang bertugas, sebelum beberapa rakan sekerjanya membuat halangan supaya dia dapat memakai semula tudung.
Adegan tersebut membuat netizen mengkritik betapa tidak realistik situasi itu yang sengaja dibuat agar orang Amerika dapat dilihat sebagai hero.