Ramai Warganet 'Troll' Tentang Da'i Farhan Tolak Lamaran Sebanyak 18 Kali. Berdekah Weh!
Kreatif betul rakyat Malaysia ini ya!
Juara Da'i musim kedua iaitu Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 29, hangat menjadi topik bualan orang ramai kerana kata-katanya dalam satu temu bual, baru-baru ini
Semuanya gara-gara pendedahan yang dibuatnya mengenai kisah perkahwinan keduanya yang berlangsung di Tanah Suci Mekah bersama seorang janda anak lapan.
Namun apa yang menarik perhatian ramai apabila dia turut mengakui seramai 18 orang wanita sudah mengajak dia berkahwin sebelum ini di mana dia menolak dengan baik namun berbeza pula dengan lamaran kali yang ke 19.
"Jujur saya katanya sudah 18 orang wanita meminta untuk jadi isteri kedua sepanjang tempoh beberapa tahun perkahwinan saya dengan Fatin (isteri pertama). Namun, semuanya saya tolak dengan mudah. Namun wanita yang ke 19 ini membuatkan saya tiada kekuatan untuk menolak.
"MasyaAllah...auranya membuatkan saya terkenang kisah penyatuan cinta antara Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah," katanya kepada Mstar.
Bagaimanapun, dia mengaku telah menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain Mat Aris menerusi aplikasi Whatsap pada Selasa, 3 Disember 2019. Isterinya itu kini sedang sarat mengandung.